Lotus Evija, hypercar elektrik sepenuhnya mula dibuka tempahan di Malaysia — 2,000 PS, 130 unit, RM16 juta!

Lotus Evija, hypercar elektrik sepenuhnya mula dibuka tempahan di Malaysia — 2,000 PS, 130 unit, RM16 juta!

Lotus Evija, yang menerima jolokan sebagai kereta yang diproduksi paling berkuasa di dunia dan terhad hanya 130 unit sahaja, kini dibuka untuk tempahan di Malaysia. Harganya? RM16 juta, dan ini mungkin kereta paling mahal yang pernah dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Tempahan ini boleh dibuat melalui pengimport dan pengedar kenderaan Lotus di sini, Lotus Karz yang beroperasi di Bukit Jelutong, Shah Alam. Sekali imbas, harga RM16 juta yang dikenaka nampak tak masuk akal, tetapi sebahagian besar daripadanya adalah cukai bagi pendaftaran di Semenanjung Malaysia. Jika didaftarkan di Langkawi yang bebas cukai, kereta ini akan berharga RM10 juta. Harga asas kereta ini di UK ialah £1.7 juta, dan jika tukar akan menjadi RM9.8 juta.

Untuk harga melangit seperti itu, Evija datang dengan janaan sekitar 2,000 PS dan 1,700 Nm tork yang dihasilkan daripada empat motor elektrik padanya. Setiap satu motor dibina sebagai gear kelajuan tunggal yang menerima kuasa dari bateri lithium-ion 70 kWh. Bacaan 0-100 km/j bawah tiga saat, kereta ini mampu mencapai laju maksimum 320 km/j (300 km/j dalam masa sembilan saat).

Lotus Evija, hypercar elektrik sepenuhnya mula dibuka tempahan di Malaysia — 2,000 PS, 130 unit, RM16 juta!

Bagaimana bunyi yang terhasil dari kereta EV ini? Jawapannya, macam enjin konvensional biasa; bukan sembarangan enjin, sebaliknya bunyi mirip dari unit Cosworth-Ford DFV 3.0 liter NA V8 pada jentera Type 49. Bunyi ini dicipta oleh produser muzik British, Patrick Patrikios.

Type 49 merupakan jentera istimewa buat Lotus, memandangkan ia jentera Formula 1 pertama yang menggunakan stressed-member drivetrain untuk mengurangkan berat, yang kemudiannya turut digunakan oleh pasukan lain juga. Hanya 12 contoh pernah dibangunkan dan kereta tersebut meraih kemenangan ketika pertama kali membuat penampilan pada 1967.

Oleh kerana Evija merupakan penawaran eksklusif, hanya 130 unit sahaja akan dikeluarkan. Produksinya dijangka akan bermula tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required