PKP 3.0: Kebenaran rentas negeri pasangan PJJ ditangguh, kecemasan dan kematian masih dibenarkan

PKP 3.0: Kebenaran rentas negeri pasangan PJJ ditangguh, kecemasan dan kematian masih dibenarkan

Ketika sidang medianya untuk memperincikan prosedur operasi standard (SOP) baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan bahawa kebenaran merentas negeri dan daerah bagi pasangan jarak jauh (PJJ) ditangguhkan sepanjang tempoh 14 hari Sekatan Pergerakan Penuh mulai 1 Jun ini, lapor Bernama.

Menteri berkenaan meminta agar semua pihak termasuk golongan PJJ bersabar dan berkorban demi memastikan kejayaan melandaikan lengkuk kes baharu Covid-19.

“Apa yang perlu hari ini semua rakyat perlu berkorban, ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa menutup kilang mereka sementara waktu untuk dua minggu ini.

“Jadi untuk PJJ juga perlu berkorban untuk dua minggu ini, dan kita telah buat keputusan untuk tidak benarkan golongan PJJ merentas negeri atau daerah,” katanya.

Namun Ismail Sabri menyatakan bahawa pergerakan rentas negeri membabitkan kes kecemasan seperti kematian serta ahli keluarga sakit, nazak dan sebagainya dibenarkan dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PKP 3.0: Kebenaran rentas negeri pasangan PJJ ditangguh, kecemasan dan kematian masih dibenarkan

“Setakat ini, hanya PDRM sahaja yang boleh mengeluarkan surat kebenaran rentas negeri atau daerah bagi tujuan kecemasan seperti kematian dan keluarga nazak,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau memohon kerjasama semua pihak untuk bersikap jujur ketika memohon kebenaran di balai polis bagi tujuan merentas negeri atau daerah memandangkan perbuatan memalsukan permohonan dan memberi alasan tidak munasabah boleh memberi kesan kepada mereka yang benar-benar perlu melakukan pergerakan tersebut.

“Saya difahamkan banyak kes yang polis terpaksa tolak kerana meragukan namun terdapat juga kes benar-benar tulen seperti mahu melawat ibu mereka yang sakit teruk. Jadi polis perlu berhati-hati dalam meluluskan permohonan kerana ada banyak permohonan palsu.

“Saya harap kita perlu benar-benar jujur kepada pihak polis ketika membuat permohonan. Kita mungkin boleh tipu polis namun kita tidak boleh tipu COVID-19 yang ada di mana-mana sahaja,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • VIJAYATHARSINI A/P ARUMUGAM on Jun 05, 2021 at 10:31 am

    Hey , Tuan atau Puan
    Saya bermohon surat ini untuk kecemasan ialah suami kakak saya telah meninggal dunia pada hari selama pagi saya nak surat kebenaran untuk pergi rumah kakak saya ialah di klang jalan karya seri…..tolong hantar satu surat untuk saya kebenarkan untuk pergi rumah kakak saya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 9
  • Nor zaidah binti zakaria on Jun 13, 2021 at 1:20 pm

    Dah dekat setahun xdapat jumpa suami disebabkan pkp .. Elok suami dh dpt cuti plan nak balik ambil isteri dekat semenanjung utk tinggal bersama ,, tiba² umum lockdown 1malaysia … PJJ xboleh rentas negeri atau daerah selama 2minggu .. Lepas tu skrg lanjut lg 2minggu … ☹️☹️ bila agaknya nk dapat tinggal bersama dgn suami … Tolong laa bg kelonggaran utk PJJ rentas negeri atau daerah semula

    Like or Dislike: Thumb up 28 Thumb down 0
  • MOHAMAD FARIS BIN MOHMAD ZAKI on Jun 15, 2021 at 8:42 pm

    Hampir setahun saya tak dapat bertemu isteri disbbkn penularan covid 19..saya berharap sangat dapat memberi sedikit kelonggaran pd yg pjj..Cadangan saya bagi hanya yg betul² merentas ke satu negeri atau daerah sahaja..

    Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 0
  • Haritu kata 14 hari,pastu smbung lagi 14 hari, lepas nie? Harap bg kelonggaran untuk pjj,.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • AMIRUL HAFIZI B. ATAN on Jun 30, 2021 at 6:54 am

    Assalamualaikum..
    Saya nie pasangan pjj..1 Jun ari tu mngatakn utk kami yang pjj bersabar dn berkorban hnya utk 2 mggu..tpi skrg dh masuk sebulan kami bersabar dan berkorban nie..xdpt juga utk bertemu anak isteri…padahal banyak kilang2 dh di buka skrg nie..,,tkkn lah kami pasangan pjj tdk ade bagi kelonggran kot..tolonglah bagi saya bertemu orang tersayang..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Mohamad Hanif on Jul 07, 2021 at 10:51 am

    PJJ bila boleh rentas negeri , aritu janji 2 minggu sja nih dh lebih … Kes dok naik bkn makin terun kilang kerja di buka mcm biasa .. bg kelonggaran untk kami jmpa ank bini

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Shuhaimi Mohd. Dom on Aug 06, 2021 at 1:11 am

    Saya cuma nak tahu biler PJJ nie nak dibenarkan semula?
    Saya dah tidak balik dari 2 July 2021, kalau ikut Pelan Permulihan Negara kena tunggu masuk Fasa 2 dari Fasa 1, salah satu syaratnya ialah dah ambil 2 dose Vaksin, walaupun takut saya dah buat, semua orang akan buat sebab itu dibawah kawalan kita walaupun kena sign borang sebelum vaksin yang mengatakan kita mengambil nya secara sukarela (jika ada tindakkan undang-undang mereka yang memaksa secara halus ini tidak bersalah), kita buat atas kawalan kita.

    Tapi syarat untuk tunggu kes bawah 4,000, macam tak munasabah…. hari ini sahaja kes dah menjakau 20,596 dimana Selangor sahaja dah 8,549…. Selangor sahaja dah melebihi 4,000 kes dan hari-hari semakin naik…. tak nampak pun trend penurunan nya pun…. adakah adil bagi kami? Kami telah mengikut segala SOP yang telah ditetapkan, tapi kes tetap naik, kami yang mengikut SOP tak bersalah, tapi tetap tidak boleh balik dengan kelulusan PJJ.
    We the PJJ people are being penalized for others mistake, where is the justice in this?

    Adakah Fasa 2 itu sahaja membiarkan kami perlu menunggu kes turun? Syarat ini kami tak boleh kawal, jadi syarat ini patut disemak semula, ini amat tidak adil bagi kami yang Pasangan berjauhan yang terpaksa bekerja seperti Frontliner tapi tidah mendapat kemudahan seperti Frontliner…. walaupun kami bukan bekerja bersama Kementerian Kesihatan Malayisa, kami jugak membantu Malaysia untuk menjalankan ekonomi, kemajuan Malaysia. Please treat this group accordingly, and please revised the condition for waiting nationwide case below 4,000.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required