Tren pertama LRT3 selamat tiba di Malaysia

Tren pertama LRT3 selamat tiba di Malaysia

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah memaklumkan bahawa tren tiga gerabak pertama bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) telah pun selamat tiba di Malaysia pada 19 Jun lalu. Menurut syarikat terbabit, tren tersebut kini ditempatkan di fasiliti CCRC Rolling Stock (Malaysia) di Batu Gajah, Perak bagi kerja pemasangan bahagian dalaman tren.

Prasarana sebelum ini pernah berkata, LRT3 akan mempunyai 22 set tren tiga gerabak dibekalkan CRRC Corporation Limited, China.

Laluan LRT3 yang menghubungkan Johan Setia di Klang dengan Bandar Utama sepanjang 37.8 kilometer dijadualkan bakal memulakan perkhidmatannya pada Februari 2024. Ia merupakan sistem transit aliran ringan ketiga di Lembah Klang yang membabitkan 26 stesen yang dilancarkan pada tahun 2017.

Malahan ia juga bakal dimanfaatkan lebih dua juta penduduk di kawasan berkenaan, dan direncanakan akan mengendalikan kira-kira 67,000 penumpang sehari pada peringkat permulaan, sebelum sistem rel urban ‘Greater Klang Valley’ siap sepenuhnya nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required