Buat anak Johor yang berada di perantauan dan mahu pulang ke negeri kelahiran untuk mengundi dalam Pilihanraya Negeri (PRU) pada 11 Julai ini, jika tidak mahu memandu, anda boleh memilih menaiki pengangkutan awam.
Antaranya, memilih perkhidmatan tren KTM ETS untuk pulang ke kampung halaman. KTM Berhad memaklumkan pihaknya menyediakan empat perkhidmatan tren ETS ekstra antara 10 hingga 12 Julai ini bersempena dengan PRN di Johor.
Terdapat dua tren tambahan dari KL Sentral ke JB Sentral – EX9573 berlepas dari KL Sentral pada jam 9.05 pagi manakala EX9575 bertolak ke selatan pada jam 11.55 pagi. Dua perkhidmatan tambahan juga disediakan bagi laluan ke utara menuju KL – EX9572 pada jam 7.00 pagi dan EX9578 pada jam 5.30 petang. Untuk waktu tepat tren akan berlepas dari Bandar Tasik Selatan, Seremban, Gemas, Segamat, Kluang dan Kempas Baru, sila rujuk jadual di atas.
