Moratorium Pemulih 2021 RHB – tiga pelan ditawarkan

Moratorium Pemulih 2021 RHB – tiga pelan ditawarkan

Bulan lepas, perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penawaran moratorium bayaran semula pinjaman selama enam bulan untuk semua warga Malaysia. Program ini hampir sama seperti yang ditawarkan semasa PKP yang pertama tahun lepas, dan permohonan untuknya sudah pun mula dibuka.

Jika sebelum ini bantuan bayaran semula cuma ditawarkan untuk golongan tertentu sahaja, kali ini, di bawah pelan Pemulih, semua warga boleh mendapatkan moratorium ini termasuklah B40, M40, T20, perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta perniagaan mikro.

Bagi yang mempunyai pinjaman dengan RHB, di sini kami perjelaskan pelan yang ada untuk pinjaman kenderaan. Tiga pilihan diberi iaitu penangguhan bayaran bulanan selama enam bulan, pengurangan bayaran bulanan 50% selama enam bulan dan pengurangan bayaran bulanan khas melalui sambungan tempoh pinjaman.

Moratorium Pemulih 2021 RHB – tiga pelan ditawarkan

Anda boleh memilih pelan yang bersesuaian dengan cuma menghantar permohonan melalui borang ini. Anda juga boleh menghubungi RHB di talian 03-2776 3111 atau menghantar emel ke [email protected], dan pastikan terlebih dahulu waktu operasi cawangan yang mahu dilawati.

Perlu diketahui bahawa moratorium ini bukanlah satu pemansuhan bayaran pinjaman — anda tidak diberikan pemansuhan untuk tempoh enam bulan itu, sebaliknya bayaran balik anda hanya ditangguhkan bagi tempoh tersebut, dan tempoh pinjaman itu akan dilanjutkan ke belakang. Disebabkan itu, jumlah faedah juga bertambah kerana sambungan tempoh pinjaman.

RHB tidak menyediakan sebarang contoh penangguhan bayaran semula mereka, tetapi ia hampir sama seperti CIMB, yang boleh anda lihat di sini. Caj faedah berbeza mengikut jumlah pinjaman, tempoh perjanjian serta kadar faedah yang telah dipersetujui, jadi hubungi RHB untuk perincian lanjut sebelum membuat keputusan.

Moratorium Pemulih 2021 RHB – tiga pelan ditawarkan

Contoh untuk pelan pemotongan bayaran semula 50% selama enam bulan juga tidak disediakan. Tetapi, disebabkan tiada pemanjangan tempoh bayaran semula dan bayaran bulanan masih kekal sama bermula bulan ketujuh selepas moratorium, ini bermakna jumlah keseluruhan yang dipotong itu perlu dibayar pada hujung tempoh perjanjian secara penuh.

Untuk dua pelan ini tiada contoh, tetapi bagi pengurangan bayaran bulanan khas melalui sambungan tempoh pinjaman, RHB ada menyediakan satu contoh. Pelan ini membenarkan anda mengurangkan bayaran bulanan dengan memanjangkan tempoh perjanjian bayaran semula, tetapi anda perlu berbincang dengan pihak bank untuk mendapatkan jumlah serta terma yang bersesuaian.

Contoh yang disediakan menunjukkan satu pinjaman kenderaan sebanyak RM100,000 pada kadar faedah 4.29%, dengan baki tempoh bayaran semula selama enam tahun. Jumlah keseluruhan yang masih perlu dibayar adalah RM80,452, dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,118.

Moratorium Pemulih 2021 RHB – tiga pelan ditawarkan

Jika anda memilih untuk membayar cuma RM1,042 dengan sambungan tempoh selama enam bulan, jumlah keseluruhan bayaran meningkat menjadi RM81,270.68, iaitu beza sebanyak RM818.68. RHB menawarkan sambungan tempoh sehingga dua tahun, dan bayaran bulan boleh berkurang semakin banyak apabila tempoh semakin panjang, tetapi jika dikira secara keseluruhan, jumlah yang perlu dibayar juga meningkat.

Moratorium kali ini juga dijadikan lebih mudah dengan tiada sebarang dokumen seperti bukti potongan gaji atau pemberhentian kerja diperlukan. Anda cuma perlu memohon dengan bank dan tanda tangan perjanjian pinjaman yang telah dipinda.

Bagi peminjam individu, kelulusan adalah secara automatik dan boleh disahkan dalam tempoh lima hari sekiranya layak, sementara bagi syarikat pula, ia bergantung kepada penilaian bank.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Saharuddin Abd Rauh on Jul 11, 2021 at 4:27 pm

    Bagaimana untuk memohon moratorium

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • mohammad safaruddin bin mustapha on Jul 12, 2021 at 1:20 pm

    Macam mne nk mohon moratarium

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Salmah Shafiee on Jul 22, 2021 at 6:07 pm

    Hai saya dh isi eform Rhb masuk kali ketiga tp tiada respon smpai ke hari ini dr bulan Jun dan terbaru july pon x da feedback

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • amanda on Jul 28, 2021 at 1:19 pm

    bank ini memang pandai kira~ E-form sdh masuk beberapa kali sampai i pun lupa! tak blh tahan ,perigi cawangan tanya baru dia org cakap itu Repayment Assistance (Moratorium) cuma blh utk 3 bulan ! sebab pernah mohon deferment dlm bulan mac…langsung tak sama punya barang! PM cakap mulai bulan julai tapi bank ini kira sama sekali dgn deferment dulu!!! memang gila~ untung rakyat duit kau kau…skrg minta tolong sikit pun pusing pusing! bodoh RHB!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required