Puspakom Sdn Bhd telah memaklumkan cawangannya di Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup sementara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah berkenaan bermula 9 hingga 22 Julai 2021 susulan penularan pandemik COVID-19 yang terus meningkat.
Menurut Puspakom, ini bermakna cawangan Seremban tidak beroperasi sepanjang tempoh tersebut. “Semua bayaran temujanji yang telah dibuat akan dikembalikan secara automatik,” kata Puspakom dalam kenyataannya.
Orang ramai boleh mengikuti Facebook Puspakom Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapat maklumat terkini berhubung operasi Puspakom dari semasa ke semasa.