Rebat RM20 Grab untuk ke pusat vaksin di Selangor

Rebat RM20 Grab untuk ke pusat vaksin di Selangor

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan rebat RM20 untuk perjalanan menggunakan Grab untuk ke pusat vaksinasi (PPV) di Selangor, dan ia terbuka untuk semua orang yang layak menerima vaksin di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, rebat pengangkutan sebanyak RM10 untuk satu arah atau RM20 bagi perjalanan pergi-balik setiap seorang sah digunakan ke 40 PPV terpilih di negeri itu, bermula antara 1 Julai hingga 30 September nanti. Permohonan untuk rebat itu bagaimanapun diperlukan, dan boleh dilakukan melalui laman Platform Selangor.

Katanya, langkah ini adalah lanjutan kepada perkara yang diumumkan sebelum ini, di mana rebat adalah terhad hanya kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas. “Tidak seperti apa yang diumumkan pada 9 Jun lalu (melalui Kita Selangor Package 2.0), rebat berkenaan kini terbuka kepada semua warga Selangor yang layak menerima vaksin,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Beliau turut menambah bahawa rebat berkenaan, disasarkan untuk meringankan beban pengangkutan mereka yang perlu ke PPV, dijangka memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu seluruh negeri ini. Peruntukan sebanyak RM1 juta telah diberikan untuk inisiatif ini, lapor Bernama.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

 

Add a comment

required

required