Hyundai-Sime Darby umum Program Waranti Lanjutan untuk Elantra, Sonata, Tucson, Santa Fe, Starex lama

Hyundai-Sime Darby umum Program Waranti Lanjutan untuk Elantra, Sonata, Tucson, Santa Fe, Starex lama

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan Program Waranti Lanjutan untuk beberapa model lama terpilih. Ia melibatkan Elantra MD, Elantra AD, Sonata LF, Tucson LM, Tucson TL, Santa Fe DM, dan Starex.

Bagi menyertai program ini, kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi lapan tahun dari tarikh pembuatan, dan jumlah keseluruhan perbatuan pula di bawah 300,000 km untuk lima tahun daripada tarikh pembelian. HSDM berkata, tempoh waranti lanjutan ini akan berfungsi seperti program waranti kereta baharu, tetapi tertakluk pada pembaharuan setiap tahun dan hanya meliputi jarak perbatuan tidak melebihi 30,000 km setahun.

Kos tahunan bagi program ini ialah RM1,280, di mana ia merangkumi komponen utama untuk enjin, transmisi, motor, bahagian modular kenderaan serta komponen elektrik lain. Ini juga termasuk dengan pembaikan dan penggantian alat ganti secara percuma yang berada di bawah waranti.

Di mana had perlindungan bagi setiap tuntutan ditetapkan pada RM10,000, walaupun komponen yang telah dituntut sebelumnya dapat dituntut sekali lagi (jumlah keseluruhan tuntutan yang dapat dituntut sebanyak RM50,000) sekiranya terbukti komponen terbabit memang bermasalah.

Semua kenderaan yang didaftarkan di bawah program lanjutan ini mestilah mempunyai rekod servis yang baik dengan pusat servis Hyundai bertauliah. Pengguna juga diminta menghantar kenderaan mereka untuk servis berkala berdasarkan jadual servis yang disarankan oleh HSDM. Dan, waranti akan terbatal sekiranya pemilik melakukan servis kenderaan di bengkel pihak ketiga.

Buat masa ini, program tersebut hanya boleh didapati di semua cawangan Sime Darby Auto Hyundai, dan tidak lama lagi akan diperkenalkan pula di semua pusat servis Hyundai bertauliah di seluruh negara. Anda boleh menghubungi Hyundai di talian 1300-13-2000 untuk mendapatkan informasi lanjut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required