Kementerian Kewangan telah memaklumkan untuk minggu bertarikh 12 hingga 18 Ogos 2021, semua harga bahan api utama di negara ini masih dikekalkan. Ini melibatkan dua minggu berturut-turut, tiada perubahan bagi harga siling ketiga-tiga bahan api berkenaan.

Ia termasuklah petrol RON 97 masih dikekalkan pada harga RM2.74 seliter. Malahan untuk minggu yang sama, harga siling untuk petrol RON 95 yang masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Harganya tidak berubah sejak Februari yang lalu.

Begitu juga dengan harga diesel Euro B10/B20 yang masih kekal pada RM2.15 seliter, manakala gred Euro 5 B7 juga dikekalkan pada paras RM2.25 seliter.

Harga baharu ini berkuatkuasa mulai 12.01 tengahmalam ini, sehinggalah Rabu hadapan, 18 Ogos 2021.