Hyundai Promise dilancar di Malaysia – kenderaan terpakai Hyundai yang disahkan dan diberi jaminan

Hyundai Promise dilancar di Malaysia – kenderaan terpakai Hyundai yang disahkan dan diberi jaminan

Pengedar rasmi kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan program kenderaan terpakai diperakui, yang dipanggil sebagai Hyundai Promise, bagi memudahkan orang ramai melakukan proses jual semula dan membeli kenderaan terpakai Hyundai.

HSDM menekankan, model Hyundai terpakai yang dijual melalui Hyundai Promise datang dengan alat ganti asli serta “enjin asal”. “Pemeriksaan yang teliti dan menyeluruh akan dilakukan oleh juruteknik terlatih demi memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan elektrikal dan mekanikal yang optima sebelum ia diluluskan dan disahkan,” kata HSDM sambil menambah bahawa kenderaan Hyundai Promise bebas daripada kemalangan besar.

Semua kenderaan yang telah diluluskan dan disahkan bakal datang dengan jaminan antara dua ke lima tahun, bergantung kepada usia kenderaan serta jarak perbatuan yang dicatat. Kereta yang dijual juga diberikan servis bantuan atas jalan 24 jam.

Hyundai Promise dilancar di Malaysia – kenderaan terpakai Hyundai yang disahkan dan diberi jaminan

“Hyundai Promise adalah satu inisiatif yang memandang ke hadapan, menawarkan pelanggan servis jualan penuh, daripada membeli model Hyundai mereka yang pertama sehinggalah melakukan tukar beli kepada model baru, pada harga yang menarik. Pelanggan yang membuat pembelian dengan Hyundai Promise dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk jaminan kualiti, penyelesaian kewangan serta sambungan jaminan,” kata pengarah urusan HSDM, Low Yuan Lung.

Low menambah bahawa Hyundai Promise adalah satu segmen perniagaan penting yang melengkapi ekosistem perniagaan sedia ada Hyundai Malaysia sekarang. Mempunyai program kenderaan terpakai rasmi turut membantu mengawal harga jualan semula kenderaan terpakai Hyundai dalam negara.

Kemudahan Hyundai Promise yang pertama berada di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie dan ia dibuka dari jam sembilan pagi hingga lima petang pada hari biasa dan sembilan pagi sehingga 12.30 tengahari pada hari Sabtu. Hyundai Promise dimiliki dan diuruskan sendiri oleh HSDM dengan sokongan Sime Darby Auto Selection.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required