PDRM jangka permohonan rentas negeri bagi pasangan jarak jauh meningkat di seluruh negara

PDRM jangka permohonan rentas negeri bagi pasangan jarak jauh meningkat di seluruh negara

Susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kelonggaran SOP bagi individu yang telah menerima dua dos vaksin untuk merentas negeri bagi berjumpa dengan pasangan masing-masing, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan bakal berlaku peningkatan bagi permohonan di seluruh negara.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim, susulan perkara tersebut, pihaknya akan mempertingkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekatan jalan raya (SJR).

Beliau berkata, individu yang terbabit dinasihatkan untuk memohon kebenaran merentas negeri daripada PDRM bagi mengelakkan sebarang kesulitan di SJR.

“Kelonggaran baru bermula (susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kelonggaran SOP bagi penerima dua dos vaksin) dan dijangka (permohonan) akan bertambah bagi kategori ini,” katanya menerusi laporan Bernama.

Tambahnya, pasukan pematuhan SOP juga akan menguatkuasakan semua SOP terkini.

Selain untuk pasangan jarak jauh, Perdana Menteri turut mengumumkan ibu bapa dibenarkan untuk merentas negeri bagi berjumpa dengan anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun. Walau bagaimana pun, permohonan merentas negeri daripada pihak polis juga diperlukan untuk berbuat demikian.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required