Honda CBR150R tiba di Malaysia – 16 hp, RM12.5k

Honda CBR150R  tiba di Malaysia – 16 hp, RM12.5k

Penggemar motosikal sports 150 cc di Malaysia mendapat pilihan baru apabila Boon Siew Honda melancarkan CBR150R untuk pasaran. Ia dijual pada harga RM12,499 tidak termasuk insurans, dan memberi saingan terus kepada Yamaha R15 yang dijual pada harga RM11,988. Ini adalah model terbaru sama seperti model yang dilancarkan di Indonesia Januari lalu.

Model ini mengikuti konsep rekaan model sports lebih besar jenama itu, CBR250RR, dengan fairing penuh sehingga ke bawah, dan diberikan dengan semua lampu jenis LED. Kedudukannya pula lebih agresif dengan pemegang yang rendah dan tempat duduk penumpang terletak lebih tinggi.

CBR150R dipacu oleh enjin satu silinder DOHC 149.2 cc dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan cecair, dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dengan klac assist and slipper, untuk menghasilkan kuasa 16 hp pada 9,000 rpm dan 13.7 Nm tork pada 7,000 rpm.

Pada bahagian meter, ia dilengkapi dengan unit digital yang lengkap dengan pelbagai informasi termasuk kedudukan gear dan tahap rpm. Tangki bahan api berkapasiti 12 liter sementara berat keseluruhan motosikal adalah 139 kg.

Suspensi model ini dipadankan dengan ciri sporty, menggunakan unit fork USD berwarna emas di hadapan (tanpa sebarang pelarasan) dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang. Kedua-dua bahagian depan dan belakang menggunakan brek cakera, siap dengan ABS two-channel dan rim pula bersaiz 17 inci dengan dibalut tayar 100/80 di hadapan dan 130/70 di belakang.

Anda disediakan dengan dua pilihan warna untuk CBR150R ini, iaitu Matte Charcoal Grey Metallic dan Candy Scintillate Red, dan ia diberikan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required