Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN Jumaat ini, tiada sekatan jalan raya antara Selangor, KL dan Putrajaya

Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN Jumaat ini, tiada sekatan jalan raya antara Selangor, KL dan Putrajaya

Ini berita baik untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru sahaja mengumumkan bahawa Lembah Klang bakal beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini, 10 September 2021.

Peralihan fasa ini sekali gus membolehkan pergerakan rentas negeri dibenarkan antara tiga negeri itu serta tiada lagi sekatan jalan raya yang akan dibuat.

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutama seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik.

“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2,” katanya dalam Facebook beliau sebentar tadi

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required