Polis beri amaran jangan langgar SOP di tempat awam

Polis beri amaran jangan langgar SOP di tempat awam

Polis memberi amaran kepada orang awam berkaitan perlanggaran pematuhan SOP di kawasan umum, dan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya perkara ini menjadi tidak terkawal, misalnya ada terlalu ramai orang di dalam satu kawasan, lapor Bernama.

“Kami tidak mahu menutup kawasan umum yang didapati ada terlalu ramai orang kerana kami telah buat pemeriksaan dan mendapati ada pengunjung yang datang dari gelembung kawasan yang sama. Kami hanya akan meningkatkan pemantauan di kawasan terbabit,” jelas Timbalan Pengarah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, DCP Datuk Mastor Mohd Ariff.

Polis juga akan bekerjasama dengan Rela di bawah Ops Patuh untuk melakukan pemantauan berjadual di kawasan yang dijangka menjadi tumpuan orang ramai. Beliau menambah, sebahagian besar pengunjung di kawasan rekreasi berkenaan hadir bersama keluarga yang tinggal bersama, menjadikan keadaan sesak pada Sabtu dan Ahad.

Komen ini disuarakan beliau selepas imej dan video muncul di media sosial menunjukkan orang ramai mengunjungi taman rekreasi dan mandi sungai, dengan mengabaikan garis panduan penjarakan sosial, hujung minggu lalu. Ini adalah susulan kepada keputusan kerajaan untuk membenarkan Lembah Klang dan Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya beralih ke Fasa 2 PPN — tiada lagi sekatan jalan antara kawasan yang dinyatakan ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required