Stesen minyak dicadangkan boleh beroperasi sehingga 12 t/malam, kecuali di lokasi PKPD – Menteri

Stesen minyak dicadangkan boleh beroperasi sehingga 12 t/malam, kecuali di lokasi PKPD – Menteri

Menerusi Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet yang berlangsung semalam, bersetuju dengan cadangan supaya stesen minyak dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam. Ini termasuk juga dengan premis bagi kedai makan dan kedai serbaneka yang dicadangkan boleh kembali beroperasi sehingga 12 tengahmalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas mesyuarat tersebut berlangsung. Walau bagaimana pun, katanya, kebenaran itu dikecualikan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“(Persetujuan) ini akan diangkat ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik esok untuk disyorkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum diputuskan tarikh berkuatkuasanya,” katanya.

Buat waktu ini, premis-premis berkenaan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam sahaja.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required