Hyundai Creta facelift 2022 dalam lakaran awal sebelum dilancar, pemasangan sulung di Indonesia

Hyundai Creta facelift 2022 dalam lakaran awal sebelum dilancar, pemasangan sulung di Indonesia

Hyundai telah mendedahkan lakaran model generasi kedua Creta facelift, yang akan diperkenalkan di Indonesia, berkemungkinan besar ketika acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS). PT Hyundai Motors Indonesia (HMID) juga mengesahkan yang SUV segmen B akan mula dijual di sana sebagai SUV pemasangan tempatan pertama jenama itu di Indonesia.

Pemasangan akan dilakukan di kilang baru PT Hyundai Motor Manufacturing Indonesia (HMMI) yang terletak di Cikarang, Bekasi di Jawa Barat. Kedua-dua HMID dan HMMI merupakan anak syarikat milik Hyundai Motor Company, menggantikan dua syarikat milik tempatan sebelum ini, PT Hyundai Mobil Indonesia dan PT Hyundai Indonesia Motor.

Hyundai Creta facelift 2022 dalam lakaran awal sebelum dilancar, pemasangan sulung di Indonesia

Creta versi semasa diperkenalkan di China pada 2019, dan sejak itu telah terjual di pasaran lain seperti India, Russia, Brazil dan Mexico. Versi terbaru akan datang ini akan menjadi penawaran pertamanya di Indonesia. Kemaskini pertengahan hayatnya mengambil ilham daripada model Tucson, menerapkan rekaan gril khususnya.

Berdasarkan lakaran ini, SUV berkenaan seperti mengekalkan garis badan seperti sebelumnya, begitu juga dengan bahagian belakang yang tidak banyak berubah. Cuma mungkin bahagian lampu belakang bentuk boomerang yang ada melibatkan sedikit naik taraf kemasan.

Hyundai Creta facelift 2022 dalam lakaran awal sebelum dilancar, pemasangan sulung di Indonesia

Di dalam, rekaan papan pemuka juga nampak sama, melainkan sedikit sentuhan perincian seperti pada gril pembesar suara, kemasan perak yang menghiasi tombol gear, corong udara menegak di sudut, roda stereng yang rata di bawahnya serta sistem infotainmen skrin sentuh lapan-inci.

Perincian janaan kuasa belum didedahkan, tetapi berdasarkan Creta sebelum ini yang dijual di India, ia datang dengan enjin SmartStream 1.5 liter NA empat-silinder (115 PS dan 144 Nm) yang digandingkan dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau Intelligent Variable Transmission (IVT) Hyundai.

Turut ditawarkan ialah enjin Kappa 1.4 liter turbocas empat-silinder dengan 140 PS dan 242 Nm, yang menerima transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan. Versi diesel pula menggunakan unit 1.5 liter U II CRDi turbodiesel dengan janaan 115 PS dan 250 Nm, digandingkan bersama kotak gear manual enam-kelajuan atau automatik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required