Auto Bavaria bakal buka pusat 4S BMW di Balakong – dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2023

Auto Bavaria bakal buka pusat 4S BMW di Balakong – dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2023

Auto Bavaria telah menganjurkan majlis pecah tanah untuk lokasi pusat pengedaran 4S baharu dan bangunan yang terletak di Balakong ini dijangka bakal mula beroperasi pada suku pertama tahun 2023. Dengan kos pembinaan sebanyak RM120 juta, fasiliti seluas 243,342 kaki persegi ini terletak berhampiran Lebuhraya SILK dan direka dengan konsep terkini BMW Retail NEXT.

Pusat 4S Balakong ini akan dilengkapi dengan fasiliti selepas jualan yang lebih luas dengan menempatkan 30 petak penyelenggaraan, pusat mengecat dan membaiki badan kenderaan, serta cawangan BMW Premium Selection untuk kereta pra-pemilikan.

“Dengan Lembah Klang yang semakin membangun, kami di BMW Group Malaysia telah mengenalpasti Balakong, Serdang, Cheras dan kawasan berdekatannya merupakan potensi baharu untuk kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan. Pastinya kami inginkan Auto Bavaria bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang diperlukan di kawasan berkenaan. Auto Bavaria telah menjadi rakan pengedar kami di Malaysia dan juga rakan kongsi premium kami dalan mencapai cita-cita kami di negara ini,” kata Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Auto Bavaria bakal buka pusat 4S BMW di Balakong – dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2023

“Di Auto Bavaria, kami komited untuk memberikan pengalaman pemilikan yang premium dan inilah janji jenama BMW Group. Sebagai pengedar BMW terbaik dunia, kami akan terus melabur dalam premis, perkhidmatan dan bakat baharu melalui program kejuruteraan semula dan latihan sumber manusia untuk tenaga kerja kami,” ujar Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria. .

Buat masa ini, pelanggan dan peminat BMW bolehlah mengunjungi bilik pameran yang terletak di Jalan Tengah, Cheras Selatan 118. Dengan bangunan dua tingkat seluas 3,600 kaki persegi, premis ini mampu mempamerkan tiga kenderaan di ruang pameran selain memiliki lounge untuk pelanggan.

Auto Bavaria yang dimiliki oleh Sime Darby merupakan kumpulan pengedaran terbesar bagi jenama BMW di Malaysia, dengan memiliki lebih 30 tahun pengalaman serta mempunyai enam pengedaran di negara ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required