Honda HR-V 2022 dilancarkan di Thai awal Nov ini

Honda HR-V 2022 dilancarkan di Thai awal Nov ini

Honda HR-V generasi ketiga pertama kali didedahkan pada Februari 2021 dan telah pun memasuki beberapa pasaran termasuk Jepun dan Eropah. Malah sebelum 2021 melabuhkan tirainya, crossover segmen-B tersebut dikatakan bakal dilancarkan di Thailand pada awal November ini, laporan Headlightmag.

Walau pun Honda Thailand masih belum mendedahkan tarikh rasmi pelancarannya, namun sejak beberapa minggu lalu, unit HR-V dengan balutan penyamaran ini telah dikesan di negara tersebut. Malahan ada yang mendakwa jurujual Honda telah diberi latihan berkenaan model baharu ini, menandakan tarikh pelancarannya kian dekat.

Pengenalannya dijangka pada November ini, dan model tersebut mungkin akan dipamerkan di Thailand International Motor Expo dengan penganjuran acara kali ke-38 itu bakal dibuka tirainya pada awal Disember ini. Malahan tidak mustahil jika model terbabit akan dilancarkan di dalam acara berkenaan.

Di Jepun, HR-V (lebih dikenali sebagai Vezel di sana) baharu ini ditawarkan dengan dua penjana kuasa iaitu 1.5. liter naturally-aspirated i-VTEC petrol dengan output 118 PS dan tork 142 Nm. Penjana kuasa tersebut dipadankan dengan CVT, serta ditawarkan dengan pacuan roda-hadapan dan semua-roda.

Pilihan lain ialah e:HEV hybrid, yang menampilkan motor elektrik hadapan dengan kuasa 131 PS dan 253 Nm. Ia turut digandingkan dengan unit 1.5 liter kitaran Atkinson yang menjana 106 PS – 8 PS lebih berkuasa dari sebelumnya – dengan tork maksima kekal 127 Nm, yang dijana oleh bateri lithium-ion Intelligent Power Unit (IPU) yang lebih besar dari sebelumnya, menampilkan 60 sel berbanding 48 sebelum ini. Ia boleh dibuat kerana Power Control Unit (PCU) bagi sistem berkenaan kini sudah dialih ke ruang enjin hadapan. Pacuan semua-roda juga diberikan.

Terdapat tiga mod pemanduan boleh ubah secara automatik mengikut situasi. HR-V akan menggunakan mod elektrik, dengan menukarkannya ke mod hibrid apabila enjin didesak dengan tork yang tinggi, manakala enjin petrol akan bertindak menggunakan lock-up clutch apabila jentera dipacu laju, untuk kelajuan yang lebih malar.

Kedua-dua penjana kuasa tersebut mungkin ditawarkan di pasaran Thailand bagi menambahkan variasi hibrid tempatan yang kini sudah dibarisi model Accord, City Hatchback dan City. Perincian lain dan varian yang bakal ditawarkan untuk crossover akan kita ketahui apabila ia dilancarkan kelak.

Buat masa ini, HR-V generasi kedua masih terjual di sana dengan penawaran tiga varian, bermula harga 949,000 baht (RM119,034) dan meningkat ke 1.119 juta baht (RM140,358). Walau pun Thailand bakal menerima HR-V baharu ini tidak lama lagi, nampak gayanya kita di Malaysia terpaksa lebih bersabar untuk menantikan kedatangannya ke pasaran tempatan, memandangkan Honda Malaysia kini sedang fokus untuk memperkenalkan City Hatchback yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

GALERI: Honda HR-V 2022 (pasaran Eropah)

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required