JPJ dedahkan segelintir van sekolah tanpa permit sah dicat warna jingga hanya untuk perdaya ibu bapa

JPJ dedahkan segelintir van sekolah tanpa permit sah dicat warna jingga hanya untuk perdaya ibu bapa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan bahawa bukan semua van sekolah yang dicat dengan warna jingga mempunyai permit sah untuk beroperasi, dan kenderaan tersebut dicat dengan warna berkenaan semata-mata untuk memperdaya ibu bapa seolah-olah ia adalah van sekolah yang sah.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra dalam laporan Utusan Online, satu operasi telah dijalankan dan hasil risikan oleh 28 orang pegawai serta anggota penguat kuasa JPJ sejak 18 November lalu, mereka telah mengesan van sekolah haram yang beroperasi membawa pelajar sekolah di sekitar daerah berkenaan semalam.

“Sepanjang pemerhatian dan risikan selama seminggu, sebanyak 16 buah kenderaan dikenal pasti beroperasi tanpa permit sah dan dan tidak melalui pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang sepatutnya dibuat secara berskala enam bulan sekali.

JPJ dedahkan segelintir van sekolah tanpa permit sah dicat warna jingga hanya untuk perdaya ibu bapa

“Pengusaha van persendirian malah hanya mengecat van dengan warna jingga bagi mengaburi ibu bapa dan lebih berbahaya kenderaan itu tidak mempunyai insurans,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JPJ, Hanif menasihatkan agar semua pengusaha pengangkutan yang ingin membawa pelajar sekolah mempunyai permit yang sah untuk beroperasi.

Dalam masa yang sama, beliau juga menasihatkan ibu bapa agar memainkan peranan masing-masing dengan mendapatkan perkhidmatan bas sekolah yang mempunyai permit yang sah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah supaya keselamatan mereka lebih terjamin.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required