Satu tindakan bodoh biarkan kanak-kanak di belakang trak, keluarkan kepala dari sunroof ketika atas jalan

Dalam zaman yang sedang kita hidupi ketika ini, common sense atau deria waras memang satu barang yang mahal, agaknya. Perkara mudah yang sepatutnya boleh difikirkan dengan jelas oleh sesiapa, tak kira kalau hanya memiliki tahap kecerdasan akal paling minimum, kini menjadi sesuatu yang payah dan berbeza sekali.

Apa lagi untuk hal-hal keselamatan ketika di atas jalan dan melibatkan kanak-kanak. Boleh difahami perangai kanak-kanak yang cuma ingin berseronok dan tidak memikirkan tentang risiko. Tetapi fikiran mudah seperti itu jika datangnya daripada ibu bapa, maka masyarakat kita, dari satu sisi memang ada masalah serius.

Yang dimaksudkan di sini adalah seperti apa yang dapat dilihat dalam video pendek yang dikongsikan di Twitter oleh pengguna dengan nama @BxllaAnxar ini. Seorang kanak-kanak kelihatan sedang berada di bahahgian belakang sebuah trak pikap, tanpa pengawasan orang dewasa (kalaua ada pengawasan pun tetap salah). Itu saja sudah tidak wajar, apatah lagi untuk trak berkenaan sedang berada dan bergerak di atas jalan besar seperti yang dapat dilihat.

Perbuatan ibu bapa ini langsung tidak cool, meletakkan nyawa kanak-kanak terbabit dalam keadaan yang sangat bahaya. Tidak perlu membayangkan perkara yang teruk-teruk; cukup hanya jika trak berkenaan bergerak dalam keadaan kanak-kanak itu tidak bersedia. Dia mungkin terjatuh dari trak dan kemudian “disambar” oleh kereta di belakang.

Satu tindakan bodoh biarkan kanak-kanak di belakang trak, keluarkan kepala dari sunroof ketika atas jalan

Itu belum lagi ada seribu satu malapetaka lain yang boleh saja berlaku di atas jalan — barang atau serpihan yang terbang melayang, pertembungan antara kenderaan yang tentu saja akan membuatkan kanak-kanak itu tercampak jauh dan macam-macam lagi yang boleh dibayangkan. Sedangkan untuk membawa barang di belakang trak saja pemandu perlu pastikan semuanya diikat ketat dan kemas, bagaimana pula nyawa orang boleh dibiar begitu saja?

Ini sama juga dengan kecenderungan ibu bapa yang rasa ok untuk kanak-kanak mengeluarkan kepala dari sunroof kenderaan, misalnya. Jika itu dilakukan dalam jalan atau kawasan tertutup, mungkin tak apa-apa. Tetapi tentu kita juga biasa melihat senario terbabit dilakukan di jalan-jalan utama, bahkan kadang-kadang dalam keadaan itu pun kenderaan terbabit dipandu agak laju. Semua ini tindakan yang tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.

Perlu ada ketagasan dan kebijaksanaan daripada ibu bapa. Dan untuk melihat perkara seperti ini masih berlaku ketika kita sudah ingin masuk ke tahun 2022 adalah sesuatu yang memalukan. Itu cukup untuk memberi sedikit petunjuk bahawa di mana sebenarnya kepekaan dan kematangan masyarakat umum yang kita ada di negara ini. Ada komen?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Anonymous on Dec 14, 2021 at 4:44 pm

    Biasa nampak kejadian seperti itu. Cuma orang malas nak tegur. Nanti mak bapak dia marah kita balik.Nanti dia kata, itu anaknya, pandailah dia jaga. Kau sibuk buat apa. Kalau jadi perkara buruk pada anaknya, menyesal pun tiada guna. Menangis air mata darah sekalipun, takkan boleh mengubah apa-apa yang telah berlaku.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Kebodohan melampau drpd ibubapa sebegini sepatutnya dijadikan salah laku jenayah ringan atau sewaktu dengannya..ada hukuman patut dibahaskan di parlimen

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required