Petronas salurkan RM25 juta dana bantuan banjir

Petronas salurkan RM25 juta dana bantuan banjir

Petronas mengumumkan syarikat itu akan menyumbang RM25 juta untuk usaha-usaha membantu mangsa banjir terbaru ini, yang telah memberi kesan kepada ramai orang di negara ini.

Dana berkenaan — yang disumbangkan oleh unit dan anak syarikat di bawah Kumpulan Petronas termasuk Yayasan Petronas — akan menyalurkan jumlah keseluruhan yang disumbangkan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lainnya, yang merupakan sebahagian daripada GLC Disaster Relief Network (GDRN).

Seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, Petronas Dagangan akan menggerakkan trak ROVR ke kawasan terjejas banjir untuk membantu pelanggan atau membantu di kawasan yang operasi stesen minyaknya terganggu atau tidak dapat diakses. Syarikat itu juga akan melanjutkan bantuan kepada pekerjanya yang terkesan akibat banjir, termasuk menyediakan tempat tinggal sementara, elaun makanan, cuti khas, bantuan kewangan serta barangan lain seperti makanan dan minuman.

Selain itu, secara berasingan pula Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas (KSRP), Persatuan Isteri dan Pekerja Wanita Petronas (PETRONITA) dan Badan Kebajikan Islam Petronas telah berganding bahu menganjurkan kutipan derma untuk disalurkan kepada mangsa melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required