myTukar AutoFair 2022: Mercedes-Benz E350 dengan kelulusan pinjaman serta serahan hari yang sama

myTukar AutoFair 2022: Mercedes-Benz E350 dengan kelulusan pinjaman serta serahan hari yang sama

Hujung minggu ini, acara myTukar AutoFair 2022 akan berlangsung, dari 7 hingga 9 Januari 2022 bertempat di myTukar Retail Experience Centre – Puchong Selatan.

Antara kereta yang bakal ditawarkan ialah unit Mercedes-Benz E 350 ini, yang dijual pada harga RM338,800 atas jalan tidak termasuk insuran. Unit yang anda lihat ini telah mencatatkan jarak perbatuan 2,148 km — masih tidak terlalu tinggi bacaannya — dan boleh dibiayai dari RM3,713 sebulan*.

Sama seperti semua kenderaan yang dipamerkan di myTukar AutoFair 2022, sedan premium ini telah menjalani pemeriksaan komprehensif 123-poin untuk memastikannya berada dalam keadaan baik. Begitu juga dengan pendingin hawa, suspensi, enjin dan transmisi, bateri, diagnostik dalaman serta tayar dan brek semuanya telah diluluskan; sedikit kekurangan lain pula telah dikenal pasti, seperti yang dinyatakan dalam laporannya.

Memandangka ini varian E 350 dari Mercedes-Benz E-Class generasi W213, kereta ini menampilkan enjin petrol mild-hybrid yang dibantu oleh sistem elektrik 48-volt, yang memanfaatkan generator penghidup pacuan tali sawat dan pam air elektrik untuk meningkatkan kecekapannya.

myTukar AutoFair 2022: Mercedes-Benz E350 dengan kelulusan pinjaman serta serahan hari yang sama

Enjin petrol empat-silinder dengan turbo twin-scroll padanya menghasilkan 299 hp dan 400 Nm tork, dan dibantu oleh generator penghidup yang membekalkan tambahan 14 hp dan 150 Nm tork dalam kelajuan enjin sehingga 2,500 rpm. Teknologi mild-hybrid membolehkan janaan semula tenaga, serta melayar dengan enjin tidak dihidupkan.

Kelengkapan mewah lain dalam kereta ini termasuklah sistem kawalan pendingin Thermotornic, bumbung panoramik, kerusi depan larasan elektrik dengan sokongan lumbar dan fungsi memori, infotainmen COMAND Online dengan paparan dua skrin, Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem lampu suasana.

Selain jenama premium, tidak ketinggalan kenderaan dari jenama-jenama lain turut ditawarkan sepanjang myTukar AutoFair 2022. Ini termasuklah jenama nasional seperti Proton dan Perodua, serta jenama Jepun ternama seperti Toyota dan Honda — menyediakan pilihan yang luas untuk pelbagai lapisan pengguna.

myTukar AutoFair 2022 bakal menjadi acara jualan kereta terpakai terbesar Malaysia yang akan menyaksikan lebih daripada 1,000 unit kenderaan terpakai dipamer di satu lokasi. Acara ini bakal berlangsung dari 7 hingga 9 Januari 2022, bertempat di myTukar Retail Experience Centre – Puchong Selatan.

myTukar AutoFair 2022: Mercedes-Benz E350 dengan kelulusan pinjaman serta serahan hari yang sama

Setiap pembelian myTukar akan termasuk sekali lanjutan waranti setahun dan servis percuma setahun — tawaran yang jarang diberikan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya berdepan masalah atau berubah fikiran tentang kereta yang dibeli itu, anda hanya perlu memulangkannya dalam tempoh lima hari, tanpa sebarang soalan ditanyakan.

Bukan setakat itu, anda juga akan menerima tawaran istimewa lain jika membeli kereta di acara berkenaan, seperti kadar faedah pinjaman serendah 1.68%, kelulusan pinjaman dan serahan kenderaan pada hari yang sama* serta pengalas kaki Trapo untuk setiap pembelian kereta.

Tawaran yang diberi tidak terhenti di situ kerana anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui promosi myTukar Lucky Spin Promo. Ada enam hadiah disediakan untuk pemenang, termasuk Apple iPad generasi kesembilan, pulangan tunai RM888, filem penapis haba Raytech bernilai RM1,000, lanjutan waranti tambahan selama setahun, kad minyak bernilai RM500 atau baucar Trapo bernilai RM500.

Jika itu masih lagi tidak cukup, anda juga mempunyai peluang untuk memenangi sebuah Proton X70 Premium bernilai RM100,000 melalui peraduan Ulang Tahun ke-4 myTukar, yang boleh disertai dengan membeli kenderaan sewaktu acara tersebut.

myTukar AutoFair 2022: Mercedes-Benz E350 dengan kelulusan pinjaman serta serahan hari yang sama

myTukar juga menyediakan tawaran trade-in di lokasi dengan nilai maksimum untuk kenderaan semasa anda ketika acara berlangsung, sekaligus menjadikan urusan lebih mudah. Liputan meluas myTukar di seluruh negara kini termasuk bilik pameran kenderaan premium yang lebih besar serta kemudahan servis sendiri yang menyeluruh memberikan anda pengalaman penyelenggaraan kenderaan lebih menenangkan, meskipun untuk kenderaan terpakai.

Apa yang pasti, ada banyak sebab untuk anda hadir ke acara myTukar AutoFair 2022. Tahap keselamatan yang tinggi akan dipraktikkan sewaktu acara berlangsung – prosedur pencegahan Covid-19 yang ketat akan dikuat kuasakan, termasuk kaedah bayaran tanpa sentuhan dan penggunaan pelitup muka sepenuh masa, vaksinasi penuh dan jaga jarak fizikal.

Maklumat lanjut tentang acara ini boleh didapati di laman rasmi myTukar, atau layari inventori di sini untuk mencari kereta yang anda inginkan. Jumpa di sana!

myTukar Retail Experience Centre – Puchong South
Lot 14225, KM 3.8,
Lebuhraya Damansara-Puchong
47100 Puchong, Selangor, Malaysia.

*Tertakluk terma dan syarat

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required