Diesel Euro 5 B7 — harga siling naik 10 sen untuk 2022, kini lebih mahal 20 sen berbanding diesel biasa

Diesel Euro 5 B7 — harga siling naik 10 sen untuk 2022, kini lebih mahal 20 sen berbanding diesel biasa

Harga siling bagi diesel Euro 5 B7 di Malaysia kini 20 sen seliter lebih mahal berbanding diesel biasa (Euro 5 campuran B10 dan B20). Ini adalah menyaksikan kenaikan 10 sen seliter berbanding harga biasa yang pernah dilihat sebelum ini. Daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap beberapa pembekal utama seperti Petronas, Shell, Caltex, Petron dan BHPetrol mengesahkan perkara ini.

Kini, pengguna akan membayar 20 sen lebih tinggi bagi seliter diesel Euro 5 B7 berkenaan berbanding diesel biasa. Misalnya, jika diesel biasa dijual pada harga RM2.00 seliter, diesel dengan campuran lebih lebih premium ini akan dijual pada harga RM2.20 seliter dan bukan lagi RM2.10 seliter seperti sebelum ini.

Perlu juga dinyatakan, diesel biasa kini mempunyai harga siling RM2.15 seliter, menjadikan diesel Euro 5 B7 kini dijual pada harga RM2.35 seliter, seperti sekarang. Rujukan kepada senarai harga minyak terbaru yang diumumkan hari ini juga menunjukkan hal yang sama — harga baru bermula 6-12 Januari 2022 nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required