Kereta terpakai di Malaysia — mengapa membeli dari pengedar berwibawa penting untuk elak kekusutan

Kereta terpakai di Malaysia — mengapa membeli dari pengedar berwibawa penting untuk elak kekusutan

Kalau anda pernah berkungjung ke premis pengedar kenderaan terpakai, pasti anda faham dengan suasana dan kemungkinan yang ada. Akan dapat cari apa yang dihajatkan, dan akan dapat tawaran yang baik bukan hanya dari segi harga tetapi juga kualiti? Tak kurang juga rasa ragu-ragu untuk meneruskan urusan dan pencarian.

Beli kereta terpakai bukanlah satu hal yang mudah dan ringkas prosesnya. Banyak elemen atau pembolehubah yang tidak menentu terlibat sekali. Dari jurujual yang manis mulut hinggalah kepada tidak dapat mengesan masalah atau keadaan kenderaan dengan teliti, itu akan membuatkan keseluruhan proses sangat renyah.

Walaupun memang kenderaan terpakai bukanlah sempurna, untuk penjual mengambil tanggungjawab untuk memastikan kenderaan terbabit berada dalam keadaan sangat baik sebelum menjualnya adalah sesuatu yang diperlukan. Tetapi, tidak ramai yang begitu. Banyak di antara mereka tidak jujur dalam urusniaga, dan menjadikan pengalaman itu sesuatu yang tidak manis.

Kereta terpakai di Malaysia — mengapa membeli dari pengedar berwibawa penting untuk elak kekusutan

Nah, di sinilah pentingnya untuk pembeli memilih untuk membeli daripada pihak yang bertanggungjawab dan punya reputasi baik. Maksudnya, mereka akan sedaya upaya pastikan kenderaan berada dalam keadaan sangat baik terlebih dahulu sebelum dijual. Kemudian, jika ada masalah selepas itu, mereka tetap akan membantu dengan sokongan yang ada, dan tidak cuci tangan membiarkan pembeli terkontang-kanting sendirian.

Macam susah untuk percaya bahawa pengedar kenderaan terpakai ada menawarkan perkara seperti ini. Tetapi itulah yang ingin dilakukan oleh acara myTukar AutoFair 2022; banyak manfaat dan sokongan yang ingin diberikan kepada pembeli kereta terpakai.

myTukar menjadi satu jenama yang ingin mengubah semua itu, dengan menawarkan lanjutan tempoh jaminan selama setahun dan servis percuma setahun bagi setiap kenderaan yang dibeli di acara berkenaan, yang berlangsung hujung minggu ini. Ini termasuklah dengan polisi jaminan pemulangan kenderaan yang dibeli, dalam tempoh lima hari tanpa sebarang pertanyaan! Jadi, anda tidak perlu terlalu risau dengan kualiti yang ada, sentiasa ada ruang untuk pembeli merasa lega fikiran dan hati.

Kereta terpakai di Malaysia — mengapa membeli dari pengedar berwibawa penting untuk elak kekusutan

Jika anda sedang mencari kenderaan terpakai, maca myTukar AutoFair 2022 adalah tempatnya. Ia bakal berlangsung dari 7-9 Januari 2022, bertempat di myTukar Retail Experience Centre – Puchong Selatan. Bakal menjadi acara jualan kereta terpakai terbesar di Malaysia, ia bakal menghimpunkan lebih daripada 1,000 kenderaan di satu tempat untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan. Antara model yang ada termasuklah dari Perodua seperti Axia dan Myvi, dan Proton dengan Saga dan Persona, hinggalah kepada jenama lain seperti Honda dan Toyota serta jenama premium seperti Mercedes-Benz, BMW dan Volvo.

Jika anda membeli kenderaan di sana, anda boleh jangkakan tambahan setahun lagi untuk servis percuma, kadar faedah pinjaman serendah 1.68%, kelulusan pinjaman dan serahan kenderaan pada hari yang sama serta pelapik kaki Trapo untuk semua kenderaan yang dibeli. Turut akan disediakan ialah tawaran trade-in kenderaan ketika acara ini berlangsung.

Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui promosi myTukar Lucky Spin Promo. Ada enam hadiah disediakan untuk pemenang, termasuk Apple iPad generasi kesembilan, pulangan tunai RM888, filem penapis haba Raytech bernilai RM1,000, lanjutan waranti tambahan selama setahun, kad minyak bernilai RM500 atau baucar Trapo bernilai RM500.

Kereta terpakai di Malaysia — mengapa membeli dari pengedar berwibawa penting untuk elak kekusutan

Jika itu masih belum cukup, anda juga mempunyai peluang untuk memenangi sebuah Proton X70 Premium bernilai RM100,000 melalui peraduan Ulang Tahun ke-4 myTukar, yang boleh disertai dengan membeli kenderaan sewaktu acara tersebut. myTukar juga menyediakan tawaran trade-in di lokasi dengan nilai maksimum untuk kenderaan semasa anda ketika acara berlangsung, sekaligus menjadikan urusan lebih mudah.

Ada banyak sebab untuk anda hadir ke acara myTukar AutoFair 2022. Tahap keselamatan yang tinggi akan dipraktikkan sewaktu acara berlangsung – prosedur pencegahan Covid-19 yang ketat akan dipastikan, termasuk kaedah bayaran tanpa sentuhan dan penggunaan pelitup muka sepenuh masa, vaksinasi penuh dan jaga jarak fizikal.

Maklumat lanjut tentang acara ini boleh didapati di laman rasmi myTukar, atau layari inventori di sini untuk mencari kereta yang anda inginkan. Jumpa di sana!

myTukar Retail Experience Centre – Puchong Selatan
Lot 14225, KM 3.8,
Lebuhraya Damansara-Puchong
47100 Puchong, Selangor, Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required