Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di P.Pinang mula dibuka 13 Jan ini – lebuhraya tertinggi di Malaysia

Projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Pulau Pinang, dijangka dibuka secara rasmi kepada pengguna jalan raya pada 13 Januari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari berkata pembinaan laluan membabitkan projek di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), sudah siap sepenuhnya.

Menurut beliau, pihaknya gembira mengenai projek berkenaan yang siap selepas proses pembinaan selama enam tahun.

“Projek itu sudah tertangguh beberapa kali kerana insiden tanah runtuh, kekangan pandemik Covid-19 dan beberapa isu teknikal yang membabitkan kerja tambahan. Namun, ia sudah siap sekarang dan diharap projek ikonik ini akan dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas pada kadar sehingga 30%,” katanya.

Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di P.Pinang mula dibuka 13 Jan ini – lebuhraya tertinggi di Malaysia

Laluan dengan ketinggian 60 meter berkenaan dijangka menjadi lebuh raya yang paling tinggi di Malaysia, selepas jambatan Lebuhraya Rawang-Serendah atau Rawang Bypass dengan ketinggian 58.2 meter.

Projek lebuh raya sepanjang 5.5 km itu menelan belanja sebanyak RM545.6 juta, yang menghubungkan tiga laluan utama iaitu Paya Terubong (Jalan Thean Teik)-Bukit Jambul (5.5 km) dan Balik Pulau-Jalan Tun Sardon (600 meter).

Pada 19 Oktober 2018, telah berlaku kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan lebuhraya tersebut yang mengorbankan sembilan mangsa yang tertimbus dan tiga yang lain cedera.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.