Berita baik untuk warga Johor Bahru yang mahukan pengangkutan alternatif selain menggunakan jalan raya, KTMB mengumumkan bahawa perkhidmatan tren KTM Shuttle Selatan akan mula beroperai esok iaitu 16 Jun 2026.
Perkhidmatan ini akan menampilkan dua laluan iaitu laluan utama Kulai, Kempas Baru dan JB Sentral, di mana ia adalah laluan sama digunakan oleh tren ETS. Manakala yang kedua adalah laluan Kempas Baru ke Pasir Gudang, iaitu laluan yang diuji pada Mac lalu.
Kedua-dua laluan ini menyediakan perjalanan pergi dan balik. Anda boleh membuat penukaran tren di stesen Kempas Baru sekiranya perlu untuk ke tempat yang di tuju, contohnya perjalanan dari JB Sentral ke Pasir Gudang boleh dibuat dengan anda turun di Kempas Baru kemudian menaiki tren yang menuju ke Pasir Gudang.
Manakala penumpang dari mana-mana stesen turut boleh terus ke Singapura melalui Woodlands menggunakan Shuttle Tebrau bermula di JB Sentral.
Harga tiket bermula dari RM7 hingga RM16.40 dan ia boleh dibeli menerusi pelbagai kaedah termasuk Touch n Go, kad bank serta aplikasi KITS Style KTM dan Komuter Link.
Sebagai sebahagian daripada sambutan pelancaran esok, KTM akan memberikan kad Kad Komuter Madani Shuttle Selatan percuma dengan kredit RM50 di stesen Kulai dari tengah hari hingga 6 petang, namun ia disediakan dalam jumlah terhad.
