myTukar AutoFair 2022, bermula 7-9 Januari 2022: Beli kereta terpakai, pulangan wang dalam masa lima hari!

myTukar AutoFair 2022, bermula 7-9 Januari 2022: Beli kereta terpakai, pulangan wang dalam masa lima hari!

myTukar AutoFair 2022 akan berlangsung hujung minggu ini bermula 7 hingga 9 Januari 2022 bertempat di myTukar Retail Experience Centre – Puchong Selatan. Ini akan menjadi tempat terbaik bagi mereka yang ingin meninjau pilihan kereta terpakai untuk dibeli, semuanya di satu lokasi. Akan ada lebih daripada 1,000 kenderaan terpakai dipamer, dan acara ini akan menjadi acara jualan kenderaan terpakai terbesar di Malaysia.

Pelbagai pilihan kenderaan dari pelbagai segmen kenderaan dan tingkat harga menanti pengunjung. Jenama yang ada terdiri daripada pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua, serta jenama utama lain seperti Honda dan Toyota hinggalah kepada jenama premium seperti Mercedes-Benz dan BMW.

Setiap kenderaan yang dibeli hujung minggu ini datang dengan lanjutan tempoh jaminan setahun dan juga servis setahun percuma; ini jarang ditawarkan untuk kenderaan terpakai sebelum ini. Dan, jika merasakan kereta itu tidak sesuai dengan anda selepas pembelian, ada jaminan untuk anda pulangkannya dalam tempoh lima hari untuk mendapatkan semula wang, tanpa sebarang pertanyaan.

Tawaran istimewa lain turut diberikan kepada pembeli kereta, seperti kadar faedah pinjaman serendah 1.68%, kelulusan pinjaman dan serahan kenderaan pada hari yang sama* serta pengalas kaki Trapo untuk setiap pembelian kereta.

Ia tidak berhenti di situ sahaja. Anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui promosi myTukar Lucky Spin Promo. Ada enam hadiah disediakan untuk pemenang, termasuk Apple iPad generasi kesembilan, pulangan tunai RM888, filem penapis haba Raytech bernilai RM1,000, lanjutan waranti tambahan selama setahun, kad minyak bernilai RM500 atau baucar Trapo bernilai RM500.

Jika itu masih belum cukup, anda juga mempunyai peluang untuk memenangi sebuah Proton X70 Premium bernilai RM100,000 melalui peraduan Ulang Tahun ke-4 myTukar, yang boleh disertai dengan membeli kenderaan sewaktu acara tersebut. myTukar juga menyediakan tawaran trade-in di lokasi dengan nilai maksimum untuk kenderaan semasa anda ketika acara berlangsung, sekaligus menjadikan urusan lebih mudah.

Ada banyak sebab untuk anda hadir ke acara myTukar AutoFair 2022. Tahap keselamatan yang tinggi akan dipraktikkan sewaktu acara berlangsung – prosedur pencegahan Covid-19 yang ketat akan dipastikan, termasuk kaedah bayaran tanpa sentuhan dan penggunaan pelitup muka sepenuh masa, vaksinasi penuh dan jaga jarak fizikal.

Maklumat lanjut tentang acara ini boleh didapati di laman rasmi myTukar, atau layari inventori di sini untuk mencari kereta yang anda inginkan. Jumpa di sana!

myTukar Retail Experience Centre – Puchong Selatan
Lot 14225, KM 3.8,
Lebuhraya Damansara-Puchong
47100 Puchong, Selangor, Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Mohd Norizi Mohamed on Jan 20, 2022 at 4:11 pm

    Bila lg mau buat autofair…Hari tu x sempat pergi

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required