Mitsubishi Motors Malaysia catat peningkatan jualan lebih 91% pada 2021 — 17,489 unit, Triton paling laris

Mitsubishi Motors Malaysia catat peningkatan jualan lebih 91% pada 2021 — 17,489 unit, Triton paling laris

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menamatkan 2021 dengan pencapaian yang membanggakan dengan mengumumkan sejumlah 17,489 unit kenderaannya berjaya dijual tahun lalu. Angka ini mewakili peningkatan jualan sebanyak 91% berbanding 9,163 unit yang dicapai pada 2020.

Triton menjadi model paling laris tahun lalu dengan mencatatkan 9,268 unit diserahkan, bersamaan dengan 34% lebih tinggi daripada apa yang direkodkan pada 2020 dan menyumbang sebanyak 53% bagi jualan keseluruhan syarikat itu tahun lalu. Sementara itu, 7,397 unit Xpander telah dijual sepanjang 2021, menjadikannya model crossover tujuh tempat duduk bukan nasional paling laris di Malaysia tahun lalu.

“Walaupun tahun lalu kita tetap berdepan dengan Covid-19, kami bersyukur kerana pelanggan memberikan kepercayaan dan yakin untuk terus setia bersama jenama ini. Kami berbesar hati kerana Xpander menunjukkan prestasi jualan yang baik, disumbang oleh lanjutan tempoh pengecualian cukai SST,” jelas CEO MMM, Shinya Ikeda.

Mitsubishi Motors Malaysia catat peningkatan jualan lebih 91% pada 2021 — 17,489 unit, Triton paling laris

“Keputusan kerajaan itu telah membantu industri ini untuk kekal bernyawa ketika fasa yang sangat mencabar ini. Bagi Mitsubishi Motors, kami kini sedang meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memenuhi semua permintaan dan tempahan,” tambah beliau.

“Pertumbuhan berterusan pasaran Mitsubishi Motors berbanding tahun sebelumnya merupakan isyarat bahawa kami sedang dalam proses pemulihan yang meyakinkan. Dengan semangat yang tinggi untuk menempuh 2022, kami mendengar semua maklum balas pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami, dan kami akan terus memperbaiki pengalaman pemilikan kepada tahap tertinggi untuk semua pelanggan,” tambahnya lagi.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk turut berdukacita kepada semua mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini. Kami juga ingin maklumkan kepada semua pemilik Mitsibishi bahawa kami sentiasa ada untuk membantu mereka. Hubungi talian khidmat pelanggan kami untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required