MSF SuperMoto 2021/2022 – Hafizh Syahrin bakal beri saingan dalam pusingan ketiga 9 Januari ini

MSF SuperMoto 2021/2022 – Hafizh Syahrin bakal beri saingan dalam pusingan ketiga 9 Januari ini

Pusingan ketiga perlumbaan MSF Supermoto 2021/2022 yang akan berlangsung hujung minggu ini (9 Januari) di Litar Tangkak bakal menyaksikan pelumba MotoGP dan World Superbike Championship (WSBK) negara, Hafizh Syahrin memberi saingan kepada pelumba elit lain seperti Azlan Shah Kamaruzaman (juara Asian Road Racing) dan Danial Haiqal dari pasukan KMTR.

“Saya suka bila beliau berlumba sekali kerana ia akan menjadikan perlumbaan lebih ‘syok’ dan mengujakan,” kata Azlan yang sebelum ini pernah selalu berentap dengan Hafizh dalam perlumbaan. Paling diingati adalah waktu perlumbaan Moto2 di Suzuka pada tahun 2015 di mana Azlan berjaya memintas Hafizh dan menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan kelebihan masa hampir lima saat.

Hafizh pula memberitahu bahawa beliau hanya akan cuba berlumba dengan tenang kerana masih mencari rentak. Disember lepas, beliau sudah bertanding dalam perlumbaan supermoto yang dianjurkan oleh ZK Racing dan Brad, dan berjaya mendominasi keseluruhan perlumbaan. Dalam persada antarabangsa, tahun ini Hafizh akan menyertai MIE Racing dalam perlumbaan WSBK, menggunakan jentera Honda CBR1000RR-R.

Bagi Danial yang baru berusia 22 tahun dan sudah menunjukkan saingan sengit kepada pelumba berpengalaman seperti Azlan dan Gabit Saleh semasa pusingan kedua, beliau akan berusaha sebaik mungkin dalam perlumbaan. “Saya harap dapat memberikan saingan yang hebat kepada dua pelumba GP itu dan terus mengumpul mata untuk kejuaraan. Perlumbaan hujung minggu ini pastinya berbeza berbanding perlumbaan yang lain.”

Perlumbaan yang bakal berlangsung hujung minggu ini bagaimanapun tidak akan disertai oleh Gabit yang merupakan juara FIM Supermoto atas masalah kesihatan. Perlumbaan ini akan disiarkan secara langsung melalui laman MSF Series serta Facebook MotoMSF bermula dengan sesi kelayakan pada jam 11.30 pagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required