Harga minyak 3-9 Feb – Semuanya tidak berubah

Harga minyak 3-9 Feb – Semuanya tidak berubah

Kementerian Kewangan (MOF) telah memaklumkan tiada sebarang perubahan harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api utama di negara ini untuk minggu bertarikh 3 hingga 9 Februari 2022.

Ini bermakna harga bagi petrol RON 97 dikekalkan pada RM3.12 seliter, selepas mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter pada minggu sebelumnya.

Begitu juga dengan harga runcit bagi petrol RON 95 masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Harga tersebut tidak berubah sejak setahun yang lalu dan telah pun mencapai harga siling.

Manakala harga diesel Euro B10/B20 juga dikekalkan pada harga RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter.

Kesemua harga ini dilaksanakan sehingga Rabu hadapan iaitu 9 Februari 2022.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required