K’jaan kaji semula mekanisme subsidi minyak – MOF

K’jaan kaji semula mekanisme subsidi minyak – MOF

Kementerian Kewangana (MOF) memaklumkan mekanisme subsidi minyak akan dikaji semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih bersasar. Ia juga bagi menumpukan bantuan dan subsidi kepada golongan rentan serta mereka yang benar-benar memerlukannya.

Menurut menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pelaksanaan subsidi bersasar dijangka dapat mengoptimumkan sumber kewangan kerajaan, dan penjimatan yang dicapai dapat diagihkan semula untuk program lebih berkesan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Selain itu, usaha tersebut juga bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi kepada golongan berkemampuan, laporan Berita Harian.

“Sekiranya berlaku peningkatan harga bagi semua produk petroleum dalam pasaran, ia akan memberi kesan kepada rantaian kos pengangkutan dan ekonomi. Malah, ia akan turut membebankan rakyat kerana perlu menanggung kenaikan kos besar, khususnya pada saat kita baru saja mahu memulakan rencana pemulihan.

“Kenaikan kos subsidi produk petroleum akan memberi tekanan kepada kedudukan fiskal kerajaan. Komitmen pertambahan kos subsidi ini sepatutnya kita boleh gunakan untuk manfaat pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

K’jaan kaji semula mekanisme subsidi minyak – MOF

“Kerajaan juga tidak boleh meminjam untuk membiayai perbelanjaan mengurus dengan kos subsidi. Dengan itu, kenaikan kos subsidi perlu diimbangi dengan pertambahan hasil dan penjimatan perbelanjaan,” katanya menjawab soalan tambahan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Berkenaan dengan soalan Datuk Seri Salim Sharif (BN-Jempol) pula, Tengku Zafrul berkata, kerajaan memperuntukkan RM31 bilion bantuan dan subsidi (secara menyeluruh, bukan setakat untuk bahan api sahaja) bagi 2022, meningkat berbanding RM28 bilion pada tahun sebelumnya.

“Subsidi dibelanjakan bagi 2022 juga dijangka bertambah berikutan kenaikan komoditi, terutama produk minyak susulan konflik antara Ukraine dengan Russia,” katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Hon Wai, Tengku Zafrul memaklumkan susulan pergolakan antara Russia dengan Ukraine, harga minyak mentah dunia naik mendadak ke paras melebihi AS$100 (RM418) setong, iaitu paras tertinggi sejak 2014.

K’jaan kaji semula mekanisme subsidi minyak – MOF

“Dengan kenaikan ini, jumlah subsidi petrol, diesel dan LPG dijangka melebihi RM2.5 bilion sebulan. Sekiranya harga minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM418) setong, jumlah subsidi bagi keseluruhan tahun ini dijangka mencecah RM28 bilion, berbanding RM11 bilion bagi tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, pengguna pada masa ini hanya membayar RM2.05 seliter untuk petrol RON95 tetapi kos sebenar pada Mac sudah mencecah RM3.70 seliter untuk petrol, bermakna kerajaan terpaksa menampung perbezaan sebanyak RM1.65 setiap liter.

“Sebagai contoh, setiap kali kita pergi ke stesen pam minyak, dan kita mengisi minyak dengan nilai RM100 atau kira-kira 49 liter, jumlah yang dibayar kerajaan ialah sebanyak RM81, kerana jumlah kos sebenar berdasarkan harga pasaran ialah RM181 bagi 49 liter RON95.

“Ini bermaksud subsidi kerajaan adalah hingga 45% daripada jumlah keseluruhan yang perlu dibayar. Bagi diesel pula, pengguna hanya membayar RM2.15 seliter di stesen minyak sementara kos sebenar melebihi RM4.00 seliter,” katanya.

K’jaan kaji semula mekanisme subsidi minyak – MOF

Tengku Zafrul berkata, jurang besar antara harga runcit petrol di stesen minyak berbanding harga pasaran sebenar, akan mengakibatkan risiko ketirisan subsidi yang lebih tinggi disebabkan kegiatan penyeludupan keluar produk petroleum.

Malah, beliau memaklumkan, harga runcit petrol RON95 di Malaysia pada kadar RM2.05 seliter adalah amat rendah berbanding harga runcit petrol di negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara jiran. Ketika ini, harga runcit petrol di Arab Saudi ialah RM2.59 seliter, RM3.74 seliter di Indonesia, Thailand (RM5.63 seliter) dan Singapura (RM9.16 seliter).

“Perbezaan besar antara harga runcit petrol di dalam negara berbanding negara jiran, akan membuka ruang kepada kegiatan penyeludupan petrol,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Fawzi on Mar 15, 2022 at 6:17 pm

    Kalau naik harga petrol habislah , baru mulakan kehidupan dgn buat part time hantar brg dgn van. Sehari is RM30 kalau naik lagi x makan la anàk bini huhuhu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required