PACE 2022: Dekati Jaguar XE dan XF di Setia City

PACE 2022: Dekati Jaguar XE dan XF di Setia City

Hujung minggu depan bakal berlangsungnya pameran jualan kenderaan Premium Auto Car Expo (PACE), anjuran paultan.org bermula 19-20 Mac 2022 bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Anda akan menemukan banyak tawaran menarik bagi kereta baru dan terpakai di sana.

Antara yang akan terlibat ialah jenama pengeluar kenderaan British, iaitu Jaguar dengan beberapa model yang ada dalam pasaran tempatan ketika ini — XE dan juga XF. Jaguar XE tiba di sini dalam penawaran P300, dengan dilengkapi enjin 2.0 liter Ingenium turbocas empat-silinder petrol yang menghasilkan 300 PS pada 5,500 rpm dan 400 Nm tork dari 1,500 hingga 4,500 rpm.

Ia digandingkan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan ZF, dan memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.9 saat dengan laju maksimum 250 km/j. Ia juga hadir dengan penampilan sporty varian R-Dynamic yang lebih ranggi.

PACE 2022: Dekati Jaguar XE dan XF di Setia City

Di dalam, kabin XE dilengkapi dengan panel instrumen digital 12.3-inci, dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Turut tersedia ialah pengecas peranti tanpa wayar, serta ciri Smart Setting yang menggunakan AI untuk mempelajari kecenderungan pemandu dan melaraskan kecucukan, cermin, audio serta pendingin sewajarnya.

Jaguar XF pula lebih mewah dan luas. Ia menggunakan enjin 2.0 liter Ingenium turbocas empat-silinder petrol yang menghasilkan 300 PS dan 400 Nm yang dihantar melalui transmisi automatik lapan-kelajuan, dengan ciri pacuan semua roda juga. Tidak ketinggalan ialah ciri keselamatan, seperti bantuan mengekalkan lorong, AEB dan kamera keliling 3D.

Membeli kenderaan di PACE akan memberikan anda bonus dan penjimatan. Semua kenderaan yang ditempah akan menerima baucar bernilai RM2,500 daripada rakan niaga kami. Ini termasuk baucar RM500 untuk filem pelindung cat kenderaan (Kuziq Glanz), baucar RM500 bagi filem penapis haba (V-Kool), baucar RM500 bagi penapis udara (Blueair), baucar RM500 untuk kerusi kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk produk gaya hidup Ogawa.

PACE 2022: Dekati Jaguar XE dan XF di Setia City

Jenama yang ikut serta juga membawakan barisan kenderaan terpakai yang berkualiti, dan pembeli akan menerima baucar bernilai RM1,000 daripada PACE, mengandungi dua baucar rawak RM500 daripada Kuzig Glanz, V-Kool, Blueair atau Recaro Kids.

Selain tawaran daripada jenama terlibat dan baucar tersebut, pembeli di PACE 2022 juga layak untuk memenangi 10 unit telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu. Lebih menarik, ada hadiah utama berupa pakej percutian bernilai RM25,000 untuk seorang pelanggan bertuah dan pasangan. Perinciannya ada di sini.

Pengecualian SST, tawaran hebat daripada jenama, baucar percuma daripada PACE, cabutan bertuah — semua ini menjadikan acara berkenaan masa dan tempat terbaik untuk membeli kenderaan. Jumpa di sana nanti!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required