Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 dilancar untuk M’sia – 147 cc, harga masing-masing RM11,329 dan RM10,289

Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 dilancar untuk M’sia – 147 cc, harga masing-masing RM11,329 dan RM10,289

Bersekali dengan Raider R150 Fi hari ini, Suzuki Malaysia turut melancarkan dua lagi motosikal 150 cc, iaitu GSX-R150 dan GSX-S 150, pada harga masing-masing RM11,329 dan RM10,289 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Bagi kedua-duanya juga ada dua pilihan warna iaitu biru dan putih untuk GSX-S150 dan biru dan merah untuk GSX-R150.

Membezakan dua model ini cuma adalah panel badan, iaitu GSX-R150 menggunakan bentuk motosikal sports dengan fairing penuh, sementara GSX-S150 pula menggunakan bentuk naked dengan tiada fairing. Satu lagi kelebihan GSX-R150 adalah ia datang dengan sistem tanpa kunci (kunci boleh diletakkan di dalam poket untuk menghidupkan enjin).

Spesifikasi lain bagi kedua-duanya adalah sama sahaja, bermula dengan enjin satu silinder DOHC, penyejukan cecair 147 cc (juga sama seperti Raider R150 Fi) dengan sistem penyejukan cecair, dan dipadankan bersama transmisi enam gear untuk menghasilkan kuasa 18.9 hp pada 10,500 rpm dan 14 Nm tork pada 9,000 rpm.

Untuk suspensi, GSX-150 didatangkan dengan fork teleskopik serta monoshock di belakang, sementara brek pula kedua-dua bahagian adalah sistem cakera, dengan angkup dua piston di hadapan. Rim bersaiz 17 inci, dibalut tayar 90/80 di hadapan dan 130/70 di belakang.

Kelengkapan lain yang disediakan pada dua model ini adalah lampu LED hadapan, tangki bahan api 11 liter serta pemula enjin elektrik. Tiada ABS pada model ini, dan beratnya masing-masing adalah 135 kg untuk GSX-R150 dan 133 kg untuk GSX-S150.

GALERI: Suzuki GSX-R150 2022

GALERI: Suzuki GSX-S150 2022

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required