Mercedes-Benz Malaysia, Cycle & Carriage Bintang lancar Ipoh Autohaus yang tampil imej korporat terkini

Mercedes-Benz Malaysia, Cycle & Carriage Bintang lancar Ipoh Autohaus yang tampil imej korporat terkini

Baru-baru ini, Cycle & Carriage (C&C) bersama Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan Ipoh Autohaus yang dinaiktaraf bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan di bahagian utara. Ibu negeri Perak itu mempunyai sejarah yang tersendiri bagi pengedar Mercedes-Benz berkenaan, di mana cawangan pertamanya telah dibuka di Jalan Brewster pada tahun 1906.

Ipoh Autohaus yang dinaik taraf ini merupakan pusat pengedaran yang keempat yang mengadpatasikan jenama peruncitan Mercedes-Benz terkini, yang menampilkan elemen digital bersepadu untuk menyediakan pengalaman peruncitan automotif yang mengutamakan pelanggan untuk membeli kereta premium masa kini.

“Sebagai pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage komited untuk menyediakan pelanggan kami perjalanan yang luar biasa dan perkhidmatan terbaik dalam kelasnya sama ada bagi pengalaman pembelian atau sepanjang pemilikan kereta mereka. Hari ini, kami berbangga untuk mempamerkan Cycle & Carriage Ipoh Autohaus yang dinaik taraf, lokasi utama dalam liputan rangkaian kami dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia,” kata Thomas Tok, Ketua Pegawai Eksekutif C&C.

Tambah beliau lagi, “Kami mahu memberi jaminan kepada pelanggan Mercedes-Benz bahawa mereka boleh mengakses perkhidmatan terbaik kami di Ipoh. Kami percaya bahawa konsep peruncitan baharu itu mampu memberi respons kepada keperluan pelanggan pada masa kini, menjadikan produk kami lebih mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang ingin menyelami dunia Mercedes-Benz dengan lebih mendalam.”

“Mercedes-Benz Malaysia mengucapkan tahniah kepada Cycle & Carriage di atas pelancaran cawangan Ipoh ini, dan kami berterima kasih kepada mereka atas sokongan dan komitmen berterusan mereka ke arah membina jenama di Malaysia. Kami berharap dapat meneruskan perkongsian kukuh kami dengan Cycle & Carriage untuk beberapa tahun akan datang,” kata Sagree Sardien, Presiden dan CEO MBM.

Terletak di 75, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, dengan berlatarbelakangkan Gunung Lang, Ipoh Autohaus ini berkeluasan lebih 56,000 kaki persegi dan direka bentuk dengan mengambil kira ruang terbuka yang luas. Semua kenderaan di kawasan bilik pameran disusun dalam bentuk lengkuk untuk memaksimumkan penglihatan, dengan lampu sorot pemancar cahaya siang untuk mendedahkan warna sebenar setiap kenderaan.

Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Mercedes-Benz boleh terus bertanya kepada Star Assistant atau pun menerokai perincian yang diperlukan menerusi peranti multimedia yang disediakan. Untuk konsultasi lebih lanjut, fasiliti ini turut menyediakan beberapa ruang diskusi sama ada secara terbuka, separuh-privasi atau pun privasi sepenuhnya, termasuk menampilkan Star Lounge yang dilengkapi dengan kafe.

Mercedes-Benz Malaysia, Cycle & Carriage Bintang lancar Ipoh Autohaus yang tampil imej korporat terkini

Sementara itu, bilik penghantaran kenderaan telah direka dengan konsep “kotak hitam” jadi pemilik baharu bakal menikmati pengalaman dan momen yang terindah sewaktu menerima kereta yang ditempah. Untuk pemilik sedia ada pula, Ipoh Autohaus yang dinaiktaraf ini juga menawarkan beberapa perkhidmatan selepas jualan termasuklah penyelenggaraan berjadual, pembaikian, tayar dan roda, perincian kereta serta perkhidmatan mengecat dan baikpulih badan kereta.

Fasiliti ini turut dilengkapi dengan 20 petak penyelenggaraan dan pembaikian serta 11 petak untuk perkhidmatan mengecat dan baikpulih badan kereta. Ipoh Autohaus dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam pada setiap Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan 11 pagi hingga 5 petang pada Ahad.

Ipoh Autohaus juga merupakan cawangan kedua syarikat terbabit, selepas Johor Bahru, yang menampilkan teknologi solar photovoltaic dengan kapasiti 72 kWp. Ia juga mempunyai sistem penuaian air hujan untuk kegunaan umum seperti pembersihan dan penjagaan sekitar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required