Tiada Mazda 6 pacuan belakang akan dihasilkan, platform besar pacuan belakang hanya untuk SUV

Tiada Mazda 6 pacuan belakang akan dihasilkan, platform besar pacuan belakang hanya untuk SUV

Selepas terdedahnya bahawa Mazda sedang membangunkan platform baharu untuk model besar serta menampilkan konfigurasi enjin depan pacuan belakang pada 2019, serta memfailkan paten untuk enjin enam-silinder sebaris bersama kotak gear automatik lapan-kelajuan dihasilkan untuk pasang secara menegak ke belakang, ramai yang menyangka bahawa Mazda bakal tampil dengan model sedan mewah pacuan belakang, atau mungkin Mazda 6 generasi selepas ini akan dihasilkan dengan platform tersebut.

Namun apa yang pasti, platform berkenaan kini sudahpun digunakan untuk SUV Mazda CX-60. Ketika ia dilancarkan pada awal bulan ini, model berkenaan tampil dengan enjin 2.5 liter empat siinder NA bersama sistem plug-in hybrid dan sistem pacuan semua roda. Namun selepas ini CX-60 bakal tampil dengan pilihan enjin enam-silinder, petrol dan diesel, serta hanya memacu roda belakang.

CX-60 adalah produk pertama yang diasaskan dari platform untuk kumpulan Large Product tersebut, dan ia selepas ini akan diikuti oleh model-model SUV dari platform yang sama iaitu CX-70, CX-80 dan CX-90. Tapi bagaimana pula dengan model sedan yang dikhabarkan bakal menggunakan platform serta unit rangkaian kuasa baharu tersebut?

Tiada Mazda 6 pacuan belakang akan dihasilkan, platform besar pacuan belakang hanya untuk SUV

Menurut laporan portal Drive yang memetik berita dari majalah Autocar, Mazda tidak akan menghasilkan sebarang model sedan sebagai versi produksi untuk model konsep Vision Coupe yang didedahkan pada 2017, mahupun coupe dua pintu bersaiz besar menggunakan platform pacuan roda belakang serta pilihan enjin enam-silinder sebaris yang baharu ini.

“Alangkah bagusnya…sekiranya ada konsep FR [enjin depan, pacuan belakang] dan enjin enam-silinder untuk model gantian Mazda 6 ataupun coupe sport bersaiz besar. Kami mahukannya, tetapi buat masa sekarang, adalah lebih penting untuk menjual SUV,” kata ketua pembangunan dan kejuruteraan Mazda Europe, Joachim Kunz kepada Autocar dan menambah “Trend SUV sedang terus berjalan, dan lebih-lebih lagi untuk Mazda. Ia adalah yang terlaris.”

Menurut Drive, bulan lalu pengarah pemasaran Mazda Australia, Alastair Doak menyatakan bahawa dengan jualan sedan yang semakin menurun, fokus Mazda untuk platform Large Architecture ini akan bergantung kepada empat SUV yang telah dirancang tersebut.

Tiada Mazda 6 pacuan belakang akan dihasilkan, platform besar pacuan belakang hanya untuk SUV

“Saya rasa, jika anda lihat di seluruh dunia…pasaran kereta/sedan tradisional kini sedang merosot selama bertahun-tahun, bukan hanya di Australia, jadi saya rasa keutamaan kami pada peringkat global adalah Large Architecture [pacuan-roda-belakang] dan empat SUV yang telah kami nyatakan,” kata Doak.

Jadi buat masa sekarang, model-model konsep seperti Mazda RX-Vision yang dikatakan sebagai model generasi baharu untuk kereta sport dengan enjin Rotary, mahupun Mazda Vision Coupe hanya kekal sebagai konsep, dan tidak akan dijelmakan sebagai model produksi. Nak salahkan Mazda pun tak boleh kerana mereka perlu hasilkan model-model SUV yang mendapat sambutan buat masa sekarang, berbanding model-model sport yang memerlukan kos R&D yang tinggi, tetapi sukar dijual kerana bakal menampilkan harga yang mahal.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required