Bilik pameran Foton dan JMC baharu dibuka di JB

Bilik pameran Foton dan JMC baharu dibuka di JB

TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) telah melancarkan bilik pameran terkini dan moden di Bukit Indah, Johor Bahru sebagai komitmen untuk mengembangkan lagi rangkaiannya di wilayah Selatan. Bilik pameran baharu TCTS ini menawarkan produk-produk jenama Foton dan JMC seperti trak tugas berat (Foton Auman), trak tugas ringan (Foton Aumark) dan trak pikap 4X4 AT (JMC Vigus Pro) untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan yang berbeza.

Pembukaan bilik pameran terbaharu di Bukit Indah, Johor Bahru dilihat sesuai buat TCTS kerana populasi Johor Bahru yang kian berkembang serta berdekatan dengan Singapura. Lokasi strategik dan trend pertumbuhan perniagaan yang kukuh hasil pelbagai pelaburan berskala besar serta pembangunan hartanah di kawasan terbabit menjadikannya cukup sesuai untuk perniagaan.

Pengarah Jualan TCTS Law Ah Tiong berkata, “Dengan bilik pameran baharu di Johor, kami di TCTS tidak sabar untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dan mengembangkan perniagaan di wilayah ini.

“Bilik pameran baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk menambah baik rangkaian serta memberi kemudahan kepada komuniti. Kami akan terus meningkatkan dan menambah baik aspek jualan serta servis demi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.”

Terletak di Wisma Tan Chong, No. 2, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor, bilik pameran ini berada di kawasan seluas 2,912 kaki persegi yang boleh mempamerkan sebuah trak komersial ringan, trak pikap dan satu ruang rehat untuk pelanggan yang selesa.

Tambah Law Ah Tiong lagi, “TCTS juga bekerjasama rapat dengan Angka-Tan Motors, pengedar rasmi kenderaan Foton dan JMC serta prinsipalnya. Ini dilakukan dengan cara memberikan maklum balas dan permintaan pasaran bagi memastikan kami dapat menawarkan produk yang tepat untuk pasaran tempatan.”

Sehingga kini, TCTS disokong oleh rangkaian pusat 3S di bandar-bandar utama termasuklah dua di Lembah Klang, tiga di wilayah Selatan, tiga di kawasan Utara dan lapan di Malaysia Timur.

Bilik pameran di Bukit Indah, JB ini beroperasi pada jam 8.15 pagi hingga 6.15 pagi pada setiap Isnin hingga Jumaat. Manakala untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, ia dibuka pada jam 10 pagi hingga 4 petang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required