Rapid KL tambah kekerapan tren, bas mulai 1 April

Rapid KL tambah kekerapan tren, bas mulai 1 April

Bermula 1 April 2022, pengendali perkhidmatan tren dan bas Rapid KL, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat pelarasan semula terhadap jadual kekerapan tren dan bas kendaliannya di Lembah Klang bagi memastikan perkhidmatan yang selesa, selamat dan lancar untuk para penggunanya. Ia juga adalah selaras dengan negara memasuki fasa ‘peralihan ke Endemik’ dan pembukaan semula sempadan mulai 1 April ini.

“Sebagai pengendali perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang, Prasarana komited untuk memberikan sokongan penuh kepada usaha-usaha kerajaan membantu rakyat membina semula kehidupan mereka selepas terjejas teruk ekoran penularan pandemik Covid- 19 pada awal tahun 2020.

“Perkhidmatan rel bandar dan bas henti-henti yang disediakan oleh Prasarana untuk rakyat di Lembah Klang adalah mod terpenting untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti perniagaan dan pertumbuhan ekonomi di samping menjalankan pelbagai rutin harian lain seperti bersekolah, berekreasi, bersosial dan menjamu selera,” ujar kenyataan yang dikeluarkan.

Melalui pelarasan berkenaan, perkhidmatan rel akan meningkatkan kekerapan tren untuk kesemua laluannya iaitu Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kajang dan Laluan Monorel Kuala Lumpur berdasarkan kesesuaian masa, hari dan kawasan sama ada berada dalam zon pusat bandar atau ‘Central Business District (CBD).

“Untuk keselesaan penumpang, Prasarana telah memanjangkan waktu puncak petang dari pukul 5 petang hingga 7.30 malam berbanding pukul 5 petang hingga 7 malam sebelum ini. Di samping itu, Prasarana mempunyai kapasiti untuk menyuntik tren tambahan ke dalam perkhidmatan apabila keadaan memerlukan,” tambah kenyataan itu.

Manakala bagi menampung jumlah penumpang yang dijangka bertambah mulai 1 April ini, 50 unit bas akan ditambah dalam jadual operasi harian bas Rapid KL bagi memastikan masa menunggu penumpang tidak terlalu lama.

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway juga akan diselaraskan selari dengan perkhidmatan rel Rapid KL.

“Pihak Rapid Bus akan memantau jumlah penumpang dari masa ke semasa, dan jika perlu, kami akan melakukan penambahbaikan lagi kepada operasi harian kami,” tambah kenyataan berkenaan.

Dalam masa yang sama, syarikat ini turut menasihatkan pada pengguna untuk memuat-turun aplikasi PULSE bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rapid KL. Orang ramai juga boleh mendapat butiran penuh mengenai perkhidmatan termasuk jadual kekerapan baru ini melalui saluran-saluran media sosial Rapid KL lain seperti Twitter dan Facebook.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required