Pusat 4S BMW baharu dibuka di Kota Kinabalu – dipindahkan dari lokasi asal di Penampang

Pusat 4S BMW baharu dibuka di Kota Kinabalu – dipindahkan dari lokasi asal di Penampang

Wakil tunggal pengedar bertauliah BMW di Sabah, Regas Premium Sabah, telah membuka pusat pengedaran 4S baharu di Kota Kinabalu bagi model BMW, BMW Motorrad, BMW Premium Selection (BPS) serta BMW i. Pusat pengedaran baharu ini menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan, termasuk insurans kereta (baharu & pembaharuan), tukar beli kereta terpakai dan BMW Financial Services.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Sejak usaha sama kami dimeterai pada Julai 2018, Regas Premium Sabah telah menjadi rakan kongsi yang amat bernilai dalam melancarkan hubungan kami dengan para pelanggan setia kami di Sabah.

“Sebagai Wakil Pengedar Bertauliah BMW, Regas Premium Sabah berjaya membawakan Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang dijanjikan buat para pelanggan di negeri ini, dengan menyumbang 300 lebih buah kenderaan dalam bilangan penyerahan kenderaan kami setiap tahun.”

Datuk Matthew Tan Yaw Tzuu, Prinsipal Pengedar merangkap Pengarah Urusan Regas Premium Sabah pula berkata, “Peluang untuk menyediakan Pengalaman Pemilikan Premium buat para pelanggan di Malaysia Timur terus menjadi kebanggaan kami, iaitu sentimen yang turut dikongsi oleh BMW Group Malaysia.

“Atas dasar itu, pusat pengedaran baharu kami yang diperluaskan ini berfungsi untuk terus melakar prestasi cemerlang yang kami rekodkan sejak tiga tahun setengah yang lalu dalam menyediakan pelbagai kenderaan premium lagi berkualiti, termasuk perkhidmatan pascajualan yang komprehensif buat para pelanggan kami di Sabah.”

Pusat pengedaran empat tingkat yang baharu ini berkeluasan 40,000 kaki persegi lebih besar berbanding bilik pameran terdahulu yang terletak di Jalan Penampang, dan dapat mempamerkan 28 buah kenderaan untuk masyarakat di Sabah.

Ia juga dilengkapi pelbagai fasiliti seperti Customer Lounge, Handover Lounge, Isetta Bar, BMW Lifestyle & Merchandise, BMW Parts, Relaxation Zone, Reception at the Car (RATC), Grand Klasse (GKL) Lounge, kelab BMW Motorrad Community, BMW Motorrad Gear & Garment, serta kemudahan pengecasan AC/DC di ruang parkir pelanggan.

Regas Premium Sabah ini terletak di Lot 2, Jalan Iramanis, Off Jalan Ulam Bunga Raja, 88400, Kota Kinabalu, Sabah. Waktu operasinya dari jam 8.30 pagi setiap hari dan ditutup pada hari Ahad.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required