Moto Guzzi V7 Stone 850 tiba di Malaysia – RM62,900

Moto Guzzi V7 Stone 850 tiba di Malaysia – RM62,900

Selepas Moto Guzzi V7 Stone Centenario, satu lagi versi bagi V7 diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, iaitu V7 Stone 850, yang dijual pada harga RM62,900 tidak termasuk insurans dan pendafataran. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Nero Ruvido (hitam), Arancione Rame (oren), Azzurro Ghiaccio (kelabu) dan Gialla (kuning).

V7 Stone menggunakan enjin v-twin melintang, seperti yang pertama kali dilihat pada V85 TT, dengan kapasiti 853 cc bersama sistem penyejukan cecair dan dipadankan bersama transmisi enam kelajuan untuk menghantar kuasa sehingga 65 hp dan 73 Nm kepada roda belakang melalui sistem syaf.

Jika dibandingkan dengan V7 sebelum ini, V7 Stone 850 baru ini mencatat peningkatan kuasa sebanyak 25%, sementara untuk penampilannya, walaupun nampak seakan sama, sebenarnya telah diubah pada beberapa bahagian seperti panel tepi, fender belakang (lebih pendek), ekzos, serta lampu yang kini semuanya menggunakan unit LED.

Model baru ini juga sekarang menggunakan penyerap hentak belakang Kayaba yang mempunyai jarak gerak lebih panjang, sementara tempat duduk pula menggunakan bentuk baru yang lebih selesa. Kemudiannya, pada bahagian meter, V7 Stone ini menerima unit digital LCD.

Sistem brek menggunakan tetapan cakera tunggal (320 mm di hadapan dan 260 mm di belakang), dengan angkup Brembo empat piston di hadapan, dan sistem ABS secara standard. Kelengkapan lain padanya adalah termasuk rim 18 inci di hadapan, 17 inci di belakang dan tangki bahan api 21 liter. Berat keseluruhan adalah 218 kg.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required