Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro dan Urban Motard dilancar untuk Malaysia – harga RM86k dan RM69k

Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro dan Urban Motard dilancar untuk Malaysia – harga RM86k dan RM69k

Dua lagi versi Ducati Scrambler tiba di Malaysia iaitu Scrambler 1100 Tribute Pro dan Scrambler Urban Motard. Dua model ini didedahkan kepada dunia Oktober tahun lalu, dan kini dijual di Malaysia pada harga masing-masing RM85,900 dan RM68,900.

Melihat terlebih dahulu kepada Scrambler 1100 Tribute Pro, ia adalah sebuah model yang dihasilkan dengan konsep penghormatan kepada Ducati 450 Desmo Mono dan Ducati 750 Sport tahun 70-an, yang menjadi antara model terawal menggunakan enjin v-twin penyejukan udara Ducati 50 tahun dahulu.

Selain warna kuning Giallo Ocra serta kerangka Trellis serba hitam, model ini ditambah lagi dengan tanda-tanda grafik seperti motosikal lumba 70-an Ducati seperti logonya, yang dibuat oleh Giugiaro, rim spoked hitam, cermin sisi bulat serta tempat duduk coklat.

Pada bahagian enjin, model ini masih menggunakan pakej sama seperti Scrambler 1100 yang lain, iaitu unit dua silinder V 1,079 cc berkemampuan 86 hp pada 7,500 rpm dan 92 Nm tork pada 4,750 rpm. Pengguna disediakan dengan tiga mod tunggangan iaitu Active, Journey dan City, sementara kawalan cengkaman dan Cornering ABS datang secara standard.

Datang dengan rim 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, dibalut dengan tayar Pirelli MT60 RS, Scrambler Tribute Pro menyediakan tinggi tempat duduk 810 mm sementara tangki bahan api berkapasiti 15 liter. Semua lampu model ini adalah unit LED, dan didatangkan dengan motif ‘X’ di hadapan.

Kemudahan lain yang disediakan pada Scrambler Tribute Pro adalah seperti soket USB di bawah tempat duduk dan pilihan tambahan Ducati Multimedia System yang boleh memberikan sambungan kepada telefon pintar. Dalam keseluruhan pilihan Scrambler 1110, Scrambler 1100 Dark Pro disediakan sebagai pilihan permulaan dan di atasnya terdapat Scrambler 1100 Sport Pro.

Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro dan Urban Motard dilancar untuk Malaysia – harga RM86k dan RM69k

Satu lagi Scrambler baru yang dilancarkan adalah daripada kategori Scrambler 803, dinamakan sebagai Scrambler Urban Motard. Grafik yang digunakan menyamai konsep seperti Hypermotard 950 RVE, dan ia dihasilkan oleh Centro Stile Ducati untuk mengetengahkan imej seni jalanan dan grafiti.

Walaupun menggunakan nama motard, suspensi model ini masih sama seperti Scrambler 803 biasa, iaitu fork USD Kayaba 41 mm, serta monoshock Kayaba dengan pelarasan pra beban di belakang, menghasilkan tinggi tempat duduk 798 mm.

Enjin juga masih sama, iaitu unit dua silinder V penyejukan udara 803 cc, bersama padanan kotak gear enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 73 hp pada 8,250 rpm dan 67 Nm tork pada 5,750 rpm. Tiada pilihan mod tunggangan pada model ini.

Pada bahagian tayar, yang dipasang pada rim jenis spoked, Scrambler Urban Motard menggunakan unit Pirelli Diablo Rosso III bersaiz 120/70 di hadapan dan 180/55 di belakang. Brek menggunakan cakera 330 mm tunggal berserta angkup empat piston di hadapan, sementara belakang menggunakan cakera 245 mm dan angkup satu piston – Cornering ABS diberikan secara standard.

GALERI: Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro

GALERI: Ducati Scrambler Urban Motard

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required