Majlis Bandaraya Pasir Gudang ganti 5 kereta rasmi dengan EV; lebih banyak EV akan dipertimbang

Majlis Bandaraya Pasir Gudang ganti 5 kereta rasmi dengan EV; lebih banyak EV akan dipertimbang

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menggantikan lima kereta rasminya dengan kereta elektrik, lapor The Star. Langkah berkenaan adalah sebahagian dari rancangan jangka masa panjang bagi menjadikan bandaraya di Johor tersebut sebuah tempat yang moden dan mesra alam, kata Datuk Bandar Pasir Gudang Datuk Asman Shah Abd Rahman.

“Kami telah memesan lima kereta elektrik, dan kami turut sedang mencari EV lain seperti van-van elektrik. Kami akan meningkatkan jumlah EV dari masa ke masa sebagai sebahagian usaha kami untuk mengurangkan jejak karbon di Pasir Gudang,” kata Asman dan menambah bahawa MBPG merupakan pihak berkuasa tempatan pertama yang menggunakan EV bagi tujuan tersebut.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut menghadiri pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2030 dilihat bergambar duduk di dalam Tesla Model 3 dan Hyundai Ioniq 5 iaitu antara kenderaan yang didedahkan oleh MBPG, menurut The Star.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang ganti 5 kereta rasmi dengan EV; lebih banyak EV akan dipertimbang

Walaupun Tesla tidak dijual secara rasmi di Malaysia, dan mana-mana unit yang ada sebenarnya telah diimport secara ad hoc – Disember tahun lalu, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) mengumumkan bahawa ia telah mula menerima tempahan untuk EV dari jenama Amerika Syarikat tersebut secara lebih meluas.

Kerajaan negeri Johor mengalu-alukan penggunaan EV dan sedang mengkaji untuk menggunakan lebih banyak kenderaan elektrik pada masa depan, kata pengerusi jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

“Kita perlu bergerak ke arah itu memandangkan negara jiran kita Singapura sudah mengambil langkah proaktif untuk mengehadkan penggunaan kenderaan yang menggunakan diesel, sambil menggalakkan penggunaan EV. Untuk mendapat manfaat daripada ekonomi Singapura, kita perlu setanding dengan mereka. Pada masa ini, kami mempunyai beberapa stesen pengecas EV di kawasan Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Pasir Gudang tetapi kami memerlukan lebih banyak lagi,” kata Jafni.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required