Sewaktu pelancaran Perodua Alza 2022 yang berlangsung semalam, Perodua memaklumkan telah menerima lebih 30,000 unit tempahan bagi MPV generasi kedua ini sejak 23 Jun lalu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 65% pelanggan memilih model spesifikasi penuh 1.5L AV.
Dalam masa yang sama, Perodua turut mengumumkan daripada lebih 200,000 unit tempahan bagi pelbagai modelnya, 15% daripadanya adalah Alza 2022 ini. “Kami memberi jaminan kepada para pelanggan yang menempah Alza serba baharu ini pada atau sebelum 30 Jun 2022, mereka akan menerima kenderaan yang ditempah sebelum 31 Mac 2023 iaitu tarikh akhir pendaftaran bagi kenderaan yang menerima pengecualian SST.
“Kami menyasarkan produksi bagi Alza 2022 ini adalah sebanyak 3,000 unit sebulan. Justeru, tempoh waktu menunggu untuk para pelanggan yang telah menempahnya adalah sekitar 10 bulan,” kata Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Apa yang diketauhi, produksi Alza 2022 ini telah pun bermula pada Jun dan dengan adanya bilangan stok yang telah disiapkan, penghantaran awal dijangka lebih tinggi. Malahan Zainal Abidin turut mendedahkan Perodua “boleh mendaftar sekitar 4,300 unit untuk bulan ini” walau pun pada hakikatnya pendaftaran dan penghantarannya hanya bermula seawal semalam.
“Untuk Alza, jika mengikut oengiraan, dengan 30,000 tempahan, 3,000 unit produksi untuk sebulan, 10 bulan untuk tempoh waktu menunggu. Tetapi jangan risau, bulan ini kami akan cuba untuk mendaftar lebih 4,000 unit dan akan berusaha untuk menambahkan produksi bagi memenuhi permintaan,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, “Selain jumlah produksi, apa yang paling penting sekarang ialah bagaimana untuk menghantar dan membolehkan pelanggan menikmati pengecualian SST bagi tempahan sebelum atau pada 30 Jun 2022.”
Perodua Alza 2022 didatangkan dengan tiga varian iaitu model asas 1.5L X yang berharga RM62,500, RM68,000 untuk varian 1.5L H dan model spesifikasi tertinggi, 1.5L AV pula berharga RM75,500. Kesemuanya adalah harga atas jalan dengan SST dan tanpa insurans. Jaminan lima-tahun diberikan secara standard.
Diklasifikasikan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV), Alza 2022 ini dipadankan dengan enjin 1.5 liter Dual VVT-i NA empat-silinder dengan kuasa mencecah 105 hp dan tork 138 Nm pada 4,200 rpm. Ia turut digandingkan bersama kotak gear D-CVT automatik. Kecekapan penggunaan minyak juga didakwa 40% lebih baik, di samping prestasi keseluruhan yang lebih baik. Eco Idle ditawarkan sebagai ciri standard.
Perodua Alza 1.5X 2022 – Harga RM62,500
Ciri standard:
Mekanikal
- Enjin 1.5 liter Dual VVT-i dengan Eco Idle
- Transmisi automatik D-CVT
- Brek dram untuk bahagian belakang
Luaran
- Lampu utama LED dengan fungsi “follow-me home”, “leaving home”
- Cermin sisi larasan kuasa dengan lipatan manual
- Lampu isyarat cermin sisi LED
- Lampu belakang LED dengan kemasan seakan lampu pada pintu tailgate
Dalaman
- Kerusi fabrik
- Nisbah lipatan kerusi baris tengah 60:40, mekanisme satu-sentuhan
- Nisbah lipatan kerusi baris belakang 50:50
- Kawalan pendingin hawa digital di depan
- Kawalan pendingin manual di belakang, dengan corong
- Paparan multi-info LCD
- Pemain audio standard tanpa skrin sentuh
- Empat pembesar suara
Keselamatan
- Enam beg udara
- ABS, EBD, Brake Assist, Hill-start Assist, VSC
- Sensor parkir belakang
- Advanced Safety Assist (ASA)
- Amaran Pra-Perlanggaran
- Brek Pra-Perlanggaran (AEB, untuk kenderaan dan pejalan kaki)
- Kawalan Salah Operasi Pedal
- Amaran Pergerakan Depan
- Amaran Penukaran Lorong
- Penghindaran Penukaran Lorong
- Lampu Tinggi Automatik
Perodua Alza 1.5H 2022 — Harga RM68,000
Tambahan:
Mekanikal
- Mod pemanduan (Eco, Normal, Sport)
Luaran
- Cermin sisi lipatan automatik
- Lampu depan automatik
- Lampu kabus LED
- Lampu belakang LED dengan lampu sebenar pada pintu tailgate
Dalaman
- Perehat tangan
- Paparan pelbagai-info 7.0-inci TFT
- Pemain audio dengan skrin sesentuh 9.0-inci
- Enam pembesar suara (termasuk tweeter)
Keselamatan
- Kamera undur
- Sensor parkir depan
- Lampu depan Adaptive Driving Beam dengan lampu isyarat sequential
Perodua Alza 1.5AV 2022 — Harga RM75,500
Tambahan:
Mekanikal
- Brek parkir elektronik (EPB) dengan Auto Brake Hold
- Brek cakera di bahagian belakang
Luaran
- Skirt sisi
- Gril hadapan kemasan hitam berkilat dan krom
Dalaman
- Papan pemuka,panel pintu dan tempat duduk dua-tona (hitam-merah)
- Konsol tengah dengan bezel krom dan kemasan perak
- Konsol perehat tangan lebih tinggi bersama pada sentuhan lembut
- Upholsteri balutan gabungan fabrik dan kulit
- Pemain audio dengan skrin sesentuh 9.0-inci dengan hubungan Android Auto
Keselamatan
- Kawalan Melayar Adaptif
- Kawalan Mengekalkan Lorong
- Peninjau Titik Buta
- Penggera Lintasan Trafik Belakang
- Peninjau pandangan panoramik 360-darjah
Perodua Alza 2022 1.5L AV
Perodua Alza 2022 1.5L H
Perodua Alza 2022 1.5L X
Perodua Alza 2022 dengan kit GearUp
GALERI: Brosur Perodua Alza 2022
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.