Tawaran diskaun 50% saman trafik pada 30 Julai ini di Dataran Merdeka KL sempena Hari Polis ke-215

Tawaran diskaun 50% saman trafik pada 30 Julai ini di Dataran Merdeka KL sempena Hari Polis ke-215

Sempena dengan Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih menerusi program Road March 2022. Ia bakal berlangsung di Dataran Merdeka, KL pada 30 Julai ini.

Seperti program penawaran diskaun saman sebelum ini, ia tidak ditawarkan bagi kompaun yang membabitkan kemalangan, saman berstatus waran tangkap, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memotong secara bahaya/potong ‘Q’ dan menggunakan lorong kecemasan. Selain itu, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC), berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan pengubahsuaian ekzos kenderaan turut tidak ditawarkan pengurangan.

Menurut laman Facebook PDRM, bagi orang ramai yang memiliki saman trafik tertunggak dan mahu melangsaikannya dengan menikmati diskaun ini, bolehlah datang ke program berkenaan yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, banyak lagi acara menarik yang bakal disajikan untuk kunjungan orang ramai, antaranya pameran aset-aset PDRM, persembahan aksi motosikal PDRM, persembahan dari Unit Payung Terjun 69 Komando dan banyak lagi program istimewa untuk anda seisi keluarga.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required