Penghantar barangan p-hailing perlu dapatkan ‘lesen vokasional khas’ – bukan GDL, tidak perlu Puspakom

Penghantar barangan p-hailing perlu dapatkan ‘lesen vokasional khas’ – bukan GDL, tidak perlu Puspakom

Sebelum ini dilaporkan bahawa penunggang penghantar makanan dan bungkusan (p-hailing) perlu mendapatkan lesen penghantar barangan GDL untuk meneruskan tugasan mereka. Namun kini, menteri pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah menjelaskan bahawa ‘lesen vokasional khas’ untuk penunggang tersebut tidak sama dengan GDL untuk pemandu kenderaan berat.

“Saya telah melihat beberapa video yang mendakwa kami memaksa semua penunggang p-hailing untuk mendapatkan GDL dan (menghantar kenderaan mereka) pemeriksaan Puspakom. Semua ini tidak benar. Kami mahukan lesen vokasional khas untuk penunggang p-hailing. Saya jamin ia tidak akan sama seperti GDL yang diwajibkan untuk pemandu kenderaan berat,” kata Wee dalam laporan The Star.

Beliau turut menambah bahawa kos lesen khas ini tidak akan melebih RM10, dan terdapat cadangan untuk penunggang p-hailing melalui kursus induksi pendek untuk lesen tersebut. “Ia mungkin hanya tiga jam sahaja. Kaedahnya akan ditetapkan dan ia tidak akan menyusahkan,” kata Wee sambil menambah bahawa ia juga boleh dilakukan dalam talian.

Penghantar barangan p-hailing perlu dapatkan ‘lesen vokasional khas’ – bukan GDL, tidak perlu Puspakom

Kerajaan kini sedang melihat untuk mengawal selia industri p-hailing selepas mengadakan sesi dialog bersama wakil penunggang penghantaran makanan susulan mogok seluruh negara oleh kalangan mereka minggu lalu. Wee berkata, rancangan sekarang adalah untuk menggubal Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengawal industri ini, di mana penunggang akan didaftar di bawah satu sistem dan diberikan lesen.

“Kerajaan memang mempunyai harapan untuk membantu kumpulan p-hailing, dan bukannya menjadikan hidup mereka lebih susah. Jika kami mahu memberikan bantuan, di mana kami nak dapatkan data berkenaan penunggang p-hailing? Malah pengendali e-hailing sendiri tidak mempunyai senarai yang lengkap. Dengan sistem ini, kami boleh mengetahuinya dengan hanya satu klik,” kata beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required