Polis kesan pemandu yang terbabit dalam kemalangan di Sg Petani hingga mengorbankan pegawai imigresen

Polis kesan pemandu yang terbabit dalam kemalangan di Sg Petani hingga mengorbankan pegawai imigresen

Polis sedang mengesan seorang pemandu Proton Wira Aeroback yang dipercayai terlibat dalam insiden langgar lari hingga mengorbankan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia di Kilometer 83.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pada pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan sekitar jam 8.30 hingga 9.30 pagi itu berlaku ketika hujan lebat, laporan Astro Awani.

“Kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Kawasaki KLE650-C datang dari arah selatan menghala ke utara dipercayai dilanggar sebuah kereta jenis Proton Wira 1.5GL(A) Aeroback berwarna perak nombor pendaftaran TAC 5688 di mana pemandunya telah melarikan diri dari tempat kejadian. Polis meminta pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian tersebut tampil membantu siasatan,” katanya.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu dan kereta itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668 atau Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian tersebut, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Samsudin, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Manakala rakannya, Zaili Nizam Muhammad, 43, yang merupakan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, mengalami patah kaki kanan dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required