Penunggang KTM Duke cuba tiru aksi Fast & Furious masuk bawah treler yang bergerak demi tular

Penunggang KTM Duke cuba tiru aksi Fast & Furious masuk bawah treler yang bergerak demi tular

Kita sendiri sudah dapat saksikan, kegilaan memuat naik hantaran dalam laman media sosial di Malaysia membawa kepada pelbagai perangai tidak masuk akal, dan ini ada satu lagi contohnya. Seorang penunggang motosikal mencelah, bukan di antara kereta, tetapi dari sebelah kanan sebuah treler yang membawa muatan panjang, masuk ke bahagian bawahnya dan keluar di sebelah kiri, ala-ala filem Fast & Furious.

Itu sahaja sudah merbahaya, dengan dilihat terdapat kabel yang terjuntai di bawah treler tersebut, dan tidak cukup dengan itu, penunggang tersebut turut melakukan aksi ini sambil sebelah tangannya memegang perakam video (mungkin adalah telefon bimbit).

Pemandu treler sedar tindakan penunggang yang nampak seperti membawa KTM Duke tersebut, dan telah memberi amaran dengan membunyikan hon agak lama. Walaubagaimanapun, penunggang tersebut seperti tidak kisah, malah ketawa besar selepas ‘berjaya’ melakukannya dan menukar pandangan kamera ke arah diri sendiri.

Jika ada yang terfikir untuk melakukan aksi seperti ini, tolonglah berhenti. Ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya lain. Semata-mata nak tular, anda sanggup untuk berkorban nyawa? Ini kerja bodoh namanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required