Pengguna pengangkutan awam kini boleh hantar aduan, maklumbalas menerusi aplikasi MyRapid Pulse

Pengguna pengangkutan awam kini boleh hantar aduan, maklumbalas menerusi aplikasi MyRapid Pulse

Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kini sudah boleh menghantar aduan atau menyuarakan pendapat mahu pun maklumbalas selepas pelancaran Program Mystery Shopper – Audit Kesediaan dan Siap Siaga Stesen (AKSES) yang diperkenalkan oleh Prasarana Malaysia Berhad. Program baharu ini disasarkan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan rel dan bas di negara ini.

Menerusi laman Facebook rasminya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan yang telus daripada para penumpang sepanjang menggunakan perkhidmatan- perkhidmatan Rapid KL.

“Sebagai sebuah organisasi yang berkhidmat untuk rakyat, maklum balas daripada para penumpang membantu Rapid KL untuk memperbaiki perkhidmatan demi keselesaan serta kemudahan semua. Orang ramai boleh mendaftar sebagai ahli panel MSP dengan memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store,”katanya.

Menurutnya lagi, AKSES melibatkan audit kendiri yang menyeluruh oleh pengurus-pengurus stesen ke atas 147 stesen tren dan 10 hab bas pada setiap suku tahun, merangkumi beberapa kawasan fokus termasuk kebersihan, kemudahan akses, pencahayaan, fasiliti, papan tanda, lif serta eskalator.

Pengguna pengangkutan awam kini boleh hantar aduan, maklumbalas menerusi aplikasi MyRapid Pulse

Di mana audit AKSES yang pertama telah dijalankan pada Ogos tahun ini dan hasil audit berkenaan mendapati 74% daripada stesen berada dalam keadaan baik dan penilaian purata prestasi stesen berada pada tahap 2.82 daripada markah penuh 3.00.

“MOT akan memantau penambahbaikan serta penyelenggaraan secara teliti dan kami juga akan terlibat secara langsung dalam jawatankuasa AKSES sebagai auditor bagi memastikan segala usaha berjalan dengan lancar,” tambah Wee lagi.

Aplikasi Pulse ini diperkenalkan bagi membantu pengguna pengangkutan awam merancang perjalanan mereka apabila menggunakan perkhidmatan bas dan tren Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan. Aplikasi tersebut juga kini meliputi perkhidmatan MRT, LRT, KL Monorel, Sunway BRT serta bas perantara MRT.

Malah menerusi aplikasi ini juga, pengguna boleh mengetahui status setiap perkhidmatan termasuk jangkaan masa ketibaan berdasarkan real-time location bas dan tren. Selain itu, aplikasi ini juga memaparkan pengiraan kadar tambang, lokasi stesen dan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan bas dan tren terbabit.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Pemandu Bas rapid T222 yg tidak bertanggungjawab membrekkan bas secara merbahaya kerana tidak mahu mengambil penumpang (budak2 sekolah) di Sek Men Keb Sri Keramat pada pukul 6.28pm pada Hari Selasa 20/6/2023 Memandu secara berhenti2 dan pintu dibka n tutup secara berkali amateur membahayakn budak2 sekolah

    Thumb up 1 Thumb down 0
  • Bas T640 TOLONG CEPAT KAN MASA TERLALU LAMA TUNGGU BAS HAMPIR 1JAM SETENGAH WAKTU PAGI..SAYA TUNGGU BAS DARI PUKOL 9 SEHINGGA 10 LEBIH BARU BAS ADA !!!!!!!!!!!!!

    Thumb up 0 Thumb down 0
  • Syahtia on Oct 13, 2023 at 8:36 am

    Orang nak pergi keje lepas tu tunggu bas 640, org dah berdiri dan lambai tangan, bas tak berhenti lepas tu bawa laju, padahal bukan bas not in service, bodoh ke orang nak pi keje la lahanat. Aku bayar pas bulan la sial, terpaksa naik grab puki

    Thumb up 0 Thumb down 0
  • Rapid anjing on Nov 27, 2023 at 2:47 pm

    Bas pandan indah 300 lambat nak mampos cam bodo kata setiap 5 minit ada now2 nak dekat 2 jam takde apelah taktahu lah buat ape

    Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mr. Yew on Mar 26, 2025 at 8:52 am

    Bus Rapid Butterworth yang plate number PLN4508 memandu dengan bahaya dan mengancam keselamatan I. I ada Car Cam Video dan photo sebagai bukit

    Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required