Shell Motorsport Remote Control Collection dilancar di Malaysia – bermula RM30, dari 8 Okt hingga 8 Dis

Shell Motorsport Remote Control Collection dilancar di Malaysia – bermula RM30, dari 8 Okt hingga 8 Dis

Shell Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan koleksi terbaharu untuk kereta mainan yang akan dijual di stesen-stesen mereka di seluruh negara, kali ini digelar sebagai Shell Motorsport Remote Control Collection.

Seperti namanya, koleksi kali ini melibat kereta-kereta mainan yang boleh dimain menggunakan kawalan jauh, dan bukan sekadar model skala yang hanya mempunyai mekanisma pull back seperti koleksi-koleksi Shell sebelum ini. Malah ia juga bukan eksklusif hanya menampilkan kereta-kereta dari Ferrari, sebaliknya lebih meluas membabitkan kereta-kereta lumba pelbagai jenama yang berlumba di pentas antarabangsa yang ditaja oleh Shell.

Sebanyak tujuh model berlainan ditawarkan untuk Shell Motorsport Remote Control Collection ini, dan seperti biasa setiap kereta tersebut tidak akan dijual serentak, tetapi akan dikeluarkan satu persatu mengikut minggu yang ditetapkan, bermula 8 Oktober sehingga 8 Disember.

Model-model yang ditawarkan termasuk jentera F1 Ferrari SF90, BMW M4 Motorsport yang berlumba dalam perlumbaan DTM di Jerman, Nissan Formula E Gen 2 Car, Hyundai i20 Coupe WRC yang digunakan dalam Kejohanan Rali Dunia dari 2017 hingga 2021, Ford Mustang GT Shell V Power Racing Team yang berlumba dalam siri Supercar Australia, kereta lumba Indycar Team Penske dan juga Ford Mustang Team Penske yang berlumba dalam siri Nascar di Amerika Syarikat.

Kesemua kereta ini dibangunkan bersama BrandBase dan menggunakan bateri pintar membolehkan ia dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar menerusi hubungan Bluetooth, dan semestinya ia menerima lesen rasmi dari pengeluar dan pasukan. Jadi ia menampilkan rupa yang agak realistik dengan badan dari material diecast, dihasilkan dalam skala 1:41.

Menerusi aplikasi telefon pintar, kereta-kereta ini bukan hanya boleh dikawal kehadapan-kebelakang dan kiri-kanan sahaja, malah ia turut diberikan butang untuk menghidupkan/mematikan lampu, hon, serta memberikan bunyi enjin seakan kereta sebenar.

Macam mana nak dapatkan koleksi ini dan berapa harganya? Untuk mendapatkan kereta asas, anda perlu mengisi minyak dii Shell sekurang-kurangnya RM50, dan kereta berkenaan boleh dibeli dengan harga hanya RM30. Namun kereta asas berkenaan tidak datang sekali dengan bateri Bluetooth yang membolehkan anda menghubungkannya dengan aplikasi telefon pintar, dan anda perlu menambah lagi RM30 bagi mendapatkan bateri berkenaan.

Tetapi sekiranya anda membeli minyak pelincir Shell Helix 4 Liter, anda akan menerima Ferrari SF90 secara percuma dan eksklusif lengkap dengan bateri Bluetooth. Dan sekiranya anda mengisi minyak Shell V-Power Racing sebanyak RM80, anda akan menerima kotak eksklusif Shell Motorsport Remote Control Collection dengan tambahan RM80.

Sempena pelancaran koleksi terbaharu ini, Shell akan menganjurkan satu acara di KL Sentral bermula 17 hingga 23 Oktober dan Mid Valley Megamall bermula 26 hingga 30 Oktober. Dalam acara berkenaan, orang ramai berpeluang mencuba kesemua tujuh kereta kawalan jauh dalam koleksi ini di atas litar lumba yang akan disediakan. Replika jentera lumba Hyundai i20 WRC juga akan dipamerkan pada acara-acara tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Idriis on Oct 09, 2022 at 9:03 pm

    Sy isi deisel rm100 tetapi staff shell xbagi….katanye hanya isi minyak petrol sahaja….betul ke?

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required