Malaysia duduki tangga ke-12 miliki jalan raya paling buruk di dunia, tangga ke-2 bagi kemalangan maut

Malaysia duduki tangga ke-12 miliki jalan raya paling buruk di dunia, tangga ke-2 bagi kemalangan maut

Pasti ramai di kalangan kita yang bersetuju bahawa keadaan jalan raya di Malaysia agak menyedihkan. Bukan sahaja keadaan jalan di kawasan pendalaman, bahkan di tengah bandar pun, banyak keadaan jalan raya yang mendukacitakan.

Malah menerusi laporan kajian bertajuk ‘Worst and Best Roads – US and International Ranking’ yang dijalankan firma pendidikan pemandu, Zutobi, Malaysia tersenarai pada kedudukan ke-12 terbawah dalam kalangan 59 negara yang memiliki jalan raya terburuk.

Menurut kajian firma berkenaan, kualiti jalan raya di Malaysia menurun lebih 5% dalam tempoh lima tahun lalu. Bukan itu sahaja, negara kita juga berada di kedudukan kedua tertinggi bagi jumlah kematian jalan raya iaitu sekitar 22.76 bagi setiap 100,000 orang.

Secara keseluruhan, Malaysia menerima skor sebanyak 3.32 daripada 10 bagi aspek keselamatan
yang berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya, dan saiz relatif rangkaian jalan raya.

Malaysia duduki tangga ke-12 miliki jalan raya paling buruk di dunia, tangga ke-2 bagi kemalangan maut

Dalam senarai negara yang miliki jalan raya terburuk di dunia, Kuwait menduduki tangga pertama, diikuti Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand. Selain itu, Kuwait juga merekodkan jumlah kematian jalan raya ketiga tertinggi iaitu 19 bagi setiap 100,000 orang.

Data yang sama dikeluarkan oleh firma berkenaan telah menyenaraikan Singapura sebagai negara yang merekodkan skor keseluruhan tertinggi kualiti jalan raya iaitu 9.44 daripada 10.

Singapura juga dilapor merekodkan kadar kematian jalan raya paling sedikit iaitu 1.69 bagi setiap 100,000. Selain Singapura, empat lagi negara yang mencatatkan skor kualiti jalan raya paling tinggi ialah Belanda dengan 8.62 daripada 10, diikuti Switzerland (8.58), Jepun (8.41) dan Denmark (7.59).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required