ACE 2022: Teroka semua perbezaan varian Honda HR-V terbaru; ada banyak lagi tawaran istimewa menanti

ACE 2022: Teroka semua perbezaan varian Honda HR-V terbaru; ada banyak lagi tawaran istimewa menanti

Satu daripada jenama yang akan ikut serta dalam acara Auto Car Expo (ACE) anjuran paultan.org nanti ialah Honda. Acara berkenaan bakal berlangsung pada 5-6 November nanti bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), dan ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar. Jika anda mencari kenderaan dengan tawaran hebat di bawah satu bumbung, inilah tempatnya.

Bagi Honda, tumpuan utama ruang pamerannya tentulah model HR-V 2022. Anda berpeluang untuk melihat model ini dari dekat dan meneroka pilihan varian yang ada dan meninjau perbezaan antara kesemuanya. Ini termasuklah model dengan 1.5L i-VTEC NA DOHC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork untuk varian paling asas S, atau enjin 1.5L VTEC Turbo yang menjana 181 PS dan 240 Nm untuk varian E dan V.

Ada juga varian HR-V RS, yang menampilkan sistem janaan e:HEV hibrid, dengan janaan 131 PS dan 253 Nm dari motor elektriknya. Enjin NA kitaran Atkinson petrolnya, yang bertindak sekali generator dan boleh juga memacu kereta ini ketika dalam kelajuan tinggi pula menghasilkan 107 PS dan 131 Nm.

Aspek keselamatan juga cemerlang dengan adanya Honda Sensing sebagai ciri standard untuk semua varian. Pengenalan ciri baru dengan kamera pandangan lebar terkini menjadikannya lebih bermakna, dengan kawalan menuruni curam yang juga membuat penampilan sulung dengan HR-V ini.

ACE 2022: Teroka semua perbezaan varian Honda HR-V terbaru; ada banyak lagi tawaran istimewa menanti

Honda menjadi antara jenama yang bakal ikut serta dalam acara ini, bersama-sama Toyota, Nissan, Hyundai, Proton, Perodua dan Subaru. Selain itu, wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta.

Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

Selain daripada promosi daripada jenama terlibat, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa, anda juga boleh menikmati tawaran khas oleh paultan.org. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

ACE 2022: Teroka semua perbezaan varian Honda HR-V terbaru; ada banyak lagi tawaran istimewa menanti

Hadiahnya tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required